l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Tuesday, September 27, 2011

Aku Juga Punya Kesilapan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bila kembali aku kembali membaca posting yang ditulis sendiri, hati ini sememangnya merenung diri. Kesedihan terlalu banyak berlaku pada diri. Walaupun mungkin kesedihan yang aku alami tidak sehebat apa yang dirasakan oleh mereka di Gaza atau Palestin atau Somalia sana.... Tapi hati tetap juga melihat segala aspek diri yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.
Dalam merenung diri, diriku mula terfikir kekadang apa jua keputusan yang kita lakukan dalam kehidupan ini melibatkan hati dan perasaan orang lain, dan kekadang kita juga bertindak tidak di atas landasan yang betul. Sehingga melibatkan keretakan hubungan sesama manusia. Dan yang paling besar bila kesilapan yang dilakukan memberikan kesedihan kepada orang lain.
Tika itu hati akan tunduk dan mengakui kesalahan dan kesilapan diri. Sama ada besar atau kecil kesalahan dan kesilapan diri akan terus bersarang di lubuk hati. Dan yang pasti manusia akan terus melakukan kesilapan kerana manusia adalah insan yang punya kelemahan. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan pada setiap insan untuk mengubah diri dan terus menyedari kesilapan yang pernah dilakukan. Tetapi jangan ego untuk memohon maaf atas kesilapan diri pada mereka yang terlibat. Wahai diri, jangan lupa bahawa hidupmu hanya sementara. Ubahlah diri mendekatkan diri kepadaNya.

p/s: we are not perfect but we can be almost perfect!

R.E.D.H.A

assalamualaikum.... pretties!

humrmm...hari nie aku quite bz sebenarnya...maybe pukul 2 tadi terkejar ke seminar kat Watt Siam Kg.Naka Kuala Nerang...so balik pown dah lewat....pukul 8 baru sampai umah! then my ex-Amin msg me up bgtau nak bawa our son pi teman dia tengok bola....hurm Kedah lawan Perak kot! aku ok je....apa pun still his son! well....aku ngan min takkan pernah putus...walaupun dah hampir 7 tahun we divorced but we still care each other! 

memang macam tuh kot...kita pernah sayang seseorang berkongsi hidup dengan mereka..tapi tiba-tiba jodoh kita tak panjang...tak semudah tu kita nak melupakan....samalah macam my second marriage....aku ngan agus pon bukannya kawin untuk bercerai! kalau kita tahu kita berkawen semata-mata untuk bercerai dah pasti aku tak kawen...

aku dengan my exs semua okay...and yang pasti we ol end up with good atmosphere!..buat apa nak gaduh-gaduh? kita pernah saling menyayangi...malah kita berkongsi segala-galanya! mustahil semudah angin lalu je nak melupakan.....

aku tak tahu lah macamana if my exs kawen...samada agus or min! im sure partner masing-masing sure tak dapat nak terima tentang bayangan aku kan...of coz lah if aku jadik depa pun aku tak leh terima! tapi again, korang kena terima hakikat yang KORANG BERKAWAN NGAN DUDA CERAI HIDUP AND ADA ANAK! if basic tuh korang fail...sampai ke tua aku agak korang akan meroyan! teeeeheeee.......

tapi itulah kan....hidup ini sentiasa diuji...tak kiralah kehilangan ahli keluarga....hantar resume berkodi-kodi tapi tak jugak dapat kerja..or even kita bercerai pun semua nie adalah ujian yang mana kita kena redha! Namun sebagai makhluk yang bergelar insan, bukannya kita terus menerus menggenggam kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian dari Pencipta!sebab bukan mudah membina kesabaran dan redha di atas segala bentuk ujianNya..terutama bila kita diuji dengan kekecewaan dan kesedihan......


Bukan mudah mematahkan rasa sedih. Bukan senang memujuk hati untuk menerima segala ketentuan. Sekalipun mulut mampu mengungkapkan kata sabar, ketahuilah bahawa hati sebenarnya memerlukan begitu banyak kekuatan untuk membina kesabaran di hati. Dan perkara yang selalu menjadi pertanyaan kita pada masa itu, mengapa semua ini terjadi kepada kita? Kenapa begitu sukar menghadapi kehidupan ini?
Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita, dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita. Kerana kesedihan dan kekecewaan bukan bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami hakikat kehidupan ini.
Jangan lupa untuk membina keyakinan diri dengan terus berdoa kepadaNya. Minta diberikan segala kekuatan dan kemudahan dalam menghadapi hidup. Pengalaman pahit sebenarnya mengajar kita bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana indahnya pandangan mata menilai sesuatu.


Hati Seorang Wanita


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Thursday, September 22, 2011

To Look Stunning? To Look Slimmer? Let's Check It Out Darl!

Salam peeps...
lama tak on air..wahhhh kellassss kau noks! on air bagai...joking!
he he he...actually hari nie baru ada time nak bukak my beloved blog...
after one week sebok dok jaga my babies...huhu! demam....
kena tahan kowt kat PMC seminggu!
akulah supermak!!
(to mana-mana pompuan yang ade hati nak share2 kasih sayang anak aku...
suka nak diingatkan...anak aku tak perlukan kasih sayang extra hangpa sbg ummi or ibu or mummy k!
sb apa yang aku bagi kat anak2 aku mmg tak termampu utk hangpa lakukan! perghhhh! cayalah.....)
kita lupakan sebentar hal ini...

well....
hari nie 1st time masuk keja kan...so rasa nak dress up skit...
bkn apa...nak bangkitkan semangat tuh yang penting!
anyway believe or not...
pakaian nie mempengaruhi keyakinan apa...
cuba hangpa imagine hangpa jumpa owang dengan tak kemas...tak cun tak menarik....
owang tengok tak tengok jew..kita nak bercakap pown jadi vokal ke laut...
sebab tak confident!
so jangan salahkan aku jika aku dah bg chance hangpa bergaya tapi hangpa tak mau!...
cerita skirt nie aku dah reka cipta dari awai tahun dan dah start memakainya ke sana sini..
so biler aku pakai jew skirt nie sure de yang tanya...beli mana?
aku jawab..aku tempah...
orang cakap....cantik nya sapa reka??
aku cakap aku reka mak nya tailor kesayangan aku yang jahit...
since ramai dah komen semua positif2...so im thinking of to commercial it...

jadi...
buat julung-julung kali...
sapa nak nampak slim yet look stunning and elegant in this skirt?
jum visit fb zahra-zenia scarf sisterhood...
you can have this gojesssss maxi skirt!
mmg sesuai untuk anda2 yang nak nampak kuwus!
high waisted skirt okay...
i can bet uols...
TAK ADA DI PASARAN LAIE....(he he he! iyolah sangat!)
actually skirt nie aku jual...hangpa berminat?
meh2 kontek aku for info.....

tak mau bazir masa...moh kita nengok macam mana rupanya!....



high waisted satin...
sila abaikan model tanpa kepala...
otw kuaq nak pi umah terbuka!

so skirt nie hangpa leh pakai blouse tuck in or juz let it free outside! hurmmm cuba imagine....
korang-korang memakainya....
berjalan sambil skirt hangpa ditiup angin sepoi-sepoi bahasa jiwa bangsa...
nampak flowy2 gituw...adusss....sapa memandang...sure hati berkenan! wallllahhhhhh!!
yummy!!!! kan?

tapi andai kata hangpa tak mau skirt ala-ala bengkung moden nie tak per ade lagi banyak pilihan.....
contoh our next signature product....
oso maxi skirt...
tadaaaa......................



this one also available...tak pernah ade di pasaran pattern cenggineh!

so....menarik tak? menarik kan?
wakakakkaaa......
jangan tunggu lama2.....silalah ke fb sapa????
haaaa.....pandai....FB ZAHRA-ZENIA SCARF SISTERHOOD....

teetttttttttttt!

Thursday, September 15, 2011



TERPIKAT DENGAN RAKAN SEPEJABAT & INFERIOR MIRAGE
BERHATI-HATI DENGAN PEMANDANGAN KERANA IA MUNGKIN INFERIOR MIRAGE


Ada seorang lelaki berusia 40'an menemui saya dan memberitahu bahawa dia
berhasrat untuk mengahwini rakan sepejabatnya. Bagi saya ceritanya itu
biasa sahaja dan tiada yang istimewa atau menarik perhatian. Tetapi,
apabila dia menyambung ceritanya sambil menarik nafas panjang, barulah
saya tahu bahawa saya berhadapan satu situasi yang berbeza.


Sebenarnya dia ingin berpoligami dan bakal isteri keduanya adalah rakan
sepejabat. Sambil memburukkan isteri pertamanya, semua serba tak kena, dia
memuji bakal isterinya kerana pandai "mengemas" diri, sentiasa wangi,
selalu senyum dan pelbagai lagi pujian yang indah-indah.


Secara jujur saya mengakui sifat orang lelaki yang akan membandingkan
isterinya di rumah dengan mana-mana perempuan yang pernah dia kenali,
tetapi ramai lelaki yang membuat perbandingan yang tidak adil sama-sekali.


Kenapa pula tidak adil? Ya, macamana seorang lelaki boleh berlaku adil
jikalau suasana yang dibandingkan antara gadis manis di pejabat dengan
isteri di rumah adalah dua suasana yang sangat jauh bezanya. Pernahkah dia
melihat bagaimana keadaan gadis tersebut ketika makan, basuh pakaian,
tidur, memasak, menguruskan anak dan sebagainya, sebagaimana dia melihat
isterinya.


Gadis yang dia tergila-gila itu juga mungkin tidur berdengkur sama
sebagaimana isterinya di rumah. Gadis idamannya itu juga mungkin tidur
dalam keadaan air liur basinya (maaf) meleleh keluar dari mulutnya. Gadis
igauannya itu juga mungkin mempunyai bau badan atau mulut yang tidak enak
malah mungkin lebih teruk daripada isterinya. Gadis pujaannya itu juga
mungkin mempunyai bentuk badan yang tidak cantik tetapi kelihatan cantik
lantaran pelbagai peralatan moden yang dipakai disebalik pakaian luarnya
tetapi semuanya akan kelihatan hodoh sebaik sahaja ianya terdedah.


Gadis tersebut boleh berpura-pura dan berlakon pada waktu yang singkat
tetapi perangai sebenar akan kelihatan apabila mereka hidup sebumbung.
Terdapat seorang kenalan yang memuji melampau-lampau isteri mudanya
sewaktu mereka mula-mula kahwin dan mengutuk "rapat ke tanah" isteri
tuanya. Tetapi kemudiannya terbukti bahawa dia lebih serasi dengan isteri
tuanya berbanding isteri mudanya.


Manusia mempunyai sifat mudah jemu dan bosan dengan "barang lama" sama ada
motosikal lama, kereta lama, rumah lama, pejabat lama termasuk isteri yang
dah lama dikahwini. Manusia sanggup berlakon dan berpura-pura bila
berhadapan dengan "buah hati" baru. Semuanya sanggup dan semuanya indah.
Apabila bersua antara dua insan yang sedang "angau" itu, sendawa ditahan,
makan menjadi sopan, batuk bunyi perlahan dan manja, angin dalam perut
ditahan agar tidak keluar justeru takut kepada bunyi yang akan memalukan,
tetapi apabila sudah kahwin antara kedua-duanya, angin dilepaskan
sekuat-kuatnya, batuk menggegarkan tiang rumah, sendawa mengalahkan orang
jantan, segala-galanya sungguh tidak enak dilihat dan didengar!


Inilah "inferior mirage" yang kadangkala disebut juga oleh setengah orang
sebagai fata morgana. Pandangan yang menipu, ilusi lantaran faktor
tertentu. Di tengah hari yang panas terik, di atas lebuhraya, kita nampak
seperti ada tompokan air tetapi kita memandu selaju mana pun, sejauh mana
pun, kita tidak akan menemui tompokan air tersebut. Kenapa? Kerana ia
adalah fenomena optikal, yang bersifat ilusi, memperdayakan kita. Apakah
kita masih mengejar ilusi tersebut?

Tuesday, September 13, 2011

loves or not!

Saturday, September 10, 2011

JODOHHHHHH

Jodoh dari Tuhan. Takdir tuhan. Ketentuan Tuhan. semua orang percaya begitu kan?..kalau yang ini:

Jodoh Internet : Tak pernah jumpa, tapi selalu chat dalam internet pastu jumpa sekali kemudian berkenan dan.....jodoh kah itu?

Jodoh Telefon/ SMS : Call silap nombor, kemudian beria minta-maaf pastu borak sikit-sikit dan kemudian main SMS-MMS...lama-lama hati pun cair..kemudian...Jodoh kah itu?

Jodoh Ibu-Bapa : Ayah tentukan mesti kahwin dengan anak cik me'ah yang no.2 sebab budak tu baik dan dengar kata, alim dan pandai jaga hati mak-bapa. Dalam hati tak nak tapi sebab takut ayah tak ngaku anak, so, terpaksalah setuju...jodoh kah itu?

Jodoh Bomoh : Berkenan dengan seseorang tapi orang tu haram tak pandang sebelah mata pun, kemudian cari bomoh/pawang siam, calit minyak dagu sikit je, malam-malam orang tu sendiri datang rumah menyerah diri...jodoh kah itu?

Jodoh Rogol : macam Seth Tan rogol Nora Elena pas rogol kahwin dengan Nora Elena...Jodoh kah itu? (kat kampung saya ada terjadi...)

Jodoh dengan orang yang dah jumpa jodoh : Sorang bujang-sorang dah kahwin tapi selalu jumpa atau kerja tempat sama...mula-mula kawan je, lama-lama jadi teman tapi mesra, sebab dah terlalu cinta/suka/sayang pada si bujang, yang dah kahwin sanggup, samada minta cerai atau bagi talak pada pasangannya.... Jodoh kah itu?




cinta dan kata kata


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang, sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata.

Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, dugaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu lebih mengenali, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan duit yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mengundang perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan mendamaikan jiwa oleh itu pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itu pula.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk mentafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa yang paling dalam dan masih tetap peduli padanya.

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bermakna bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.

Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.

Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk menyuarakan cintamu kepadanya.

Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum – jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup dan jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

ESPECIALLY FOR WOMEN..






Muslim : Woman in religious traditional blue cape looking forward. Natural blue colors o eyes Stock Photo
behind the veil.....

A WOMAN SHOULD HAVE ...
 enough money within her control to move out
and rent a place of her own, even if she never wants to or needs to...

A WOMAN SHOULD HAVE ..
 something perfect to wear if the employer, or date of her dreams wants to see her in an hour...

 A WOMAN SHOULD HAVE .
 a youth she's content to leave behind....

 A WOMAN SHOULD HAVE ..
 a past juicy enough that she's looking forward to
retelling it in her old age....

 A WOMAN SHOULD HAVE .....
 a set of screwdrivers, a cordless drill, and a black lace bra...

 A WOMAN SHOULD HAVE
 one friend who always makes her laugh... and one who lets her cry...

 A WOMAN SHOULD HAVE ...
 a good piece of furniture not previously owned by anyone else in her family...

 A WOMAN SHOULD HAVE ..
 eight matching plates, wine glasses with stems, and a recipe for a meal, that will make her guests feel honored...

 A WOMAN SHOULD HAVE ..
 a feeling of control over her destiny.

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 how to fall in love without losing herself.

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 how to quit a job, break up with a lover, and confront a friend without; ruining the friendship...

EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 when to try harder... and WHEN TO WALK AWAY...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 that she can't change the length of her calves,
the width of her hips, or the nature of her parents..

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 that her childhood may not have been perfect...but its over...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 what she would and wouldn't do for love or more...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 how to live alone... even if she doesn't like it...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW..
 whom she can trust,
whom she can't,
and why she shouldn't take it personally...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 where to go...
be it to her best friend's kitchen table...
or a charming inn in the woods...
when her soul needs soothing...

EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
what she can and can't accomplish in a day...
a month...and a year...

p/s : Sent tru e-Mel by someone (i don't remember who) long time ago....

seminar here and there!

RED + BLACK is perfect combination!
scarf: satin shawl
cardigan: poplook
long dress: poplook
belt : no brand....beli kat kedai cokia ajew (tak ingat nama pe kedai tuh)

salam...lama tak post apa apa kan...
hurmm....sebenarnya nak sangat hapdet blog cuma kekangan masa...(perghh! tatabahasa = kekangan)
so anyway...siyesly im too busy!

tak per, post hari nie aku upload gambo masa aku bagi talk for Maybank Auto Finance Alor Setar on 8 September hari tuh!
aduhai...orang masih dalam mood raya kowt....
tapi memandangkan kerja haruslah kan....jalankan tanggungjawab!

mesti de yang tertanya...apakah yang aku bebelkan masa talk hari tu kan?
ermmm....aku cakap...pasai investment thru epf...
if hangpa ada epf, why not diversify it...
boleh ler invest kat unit amanah kat pnb nie hah....
menarik tertarik kew?

tapi nie juz ann option...aku tak kata wajib...
sapa yang pikiaq instead of u enjoy dividend epf semata...y not get extra dividend from pnb?
nampak? nampak? walaupun tak semua kita leh invest tapi at least about 20 -30 percent kita nye epf bertambah....

some more duet akaun 1 epf tuh hangpa bukan leh wat kuaq pown until age 55 kan?

hurm...further clarification nanti eak aku sambung........


Tuesday, September 6, 2011

So Inspired. Lets teach our beloved kids to Solat

Salam pretty....
Bila mood berblogging datang memuncak-muncak tak dapat ditahan-tahan lagi...mulalah aku menggoogle something to share with uols and the most important thing to remind myself...so dalam ber blog-blog walking ke forum-forum....ke ste-site berbentuk keagamaan...i found this real story of Wardina sharing how she teaches her dotter Amna to perform Solat full 5 waktu.....hohoho! kau ado??? so inspired....

kiranya touching betoi lah biler baca pe yang dia luahkan....dia boleh buat...so aku? huhu.... apalah sangat kalu duit berjuta pown ye tak? harta melimpah ruah....bukan boleh bawak ke kubur! bukan leh tanam sekali ngan kita...so apalah yang tinggal...nie ler dia DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH!....


Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk

 BERBALOI PENAT LELAH KU…
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat..
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?
aduhai....realy2 hope i can do like wat wardina.... walaupun memerlukan pengorbanan tapi hasilnya berbaloi-baloi!