l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Thursday, September 15, 2011



TERPIKAT DENGAN RAKAN SEPEJABAT & INFERIOR MIRAGE
BERHATI-HATI DENGAN PEMANDANGAN KERANA IA MUNGKIN INFERIOR MIRAGE


Ada seorang lelaki berusia 40'an menemui saya dan memberitahu bahawa dia
berhasrat untuk mengahwini rakan sepejabatnya. Bagi saya ceritanya itu
biasa sahaja dan tiada yang istimewa atau menarik perhatian. Tetapi,
apabila dia menyambung ceritanya sambil menarik nafas panjang, barulah
saya tahu bahawa saya berhadapan satu situasi yang berbeza.


Sebenarnya dia ingin berpoligami dan bakal isteri keduanya adalah rakan
sepejabat. Sambil memburukkan isteri pertamanya, semua serba tak kena, dia
memuji bakal isterinya kerana pandai "mengemas" diri, sentiasa wangi,
selalu senyum dan pelbagai lagi pujian yang indah-indah.


Secara jujur saya mengakui sifat orang lelaki yang akan membandingkan
isterinya di rumah dengan mana-mana perempuan yang pernah dia kenali,
tetapi ramai lelaki yang membuat perbandingan yang tidak adil sama-sekali.


Kenapa pula tidak adil? Ya, macamana seorang lelaki boleh berlaku adil
jikalau suasana yang dibandingkan antara gadis manis di pejabat dengan
isteri di rumah adalah dua suasana yang sangat jauh bezanya. Pernahkah dia
melihat bagaimana keadaan gadis tersebut ketika makan, basuh pakaian,
tidur, memasak, menguruskan anak dan sebagainya, sebagaimana dia melihat
isterinya.


Gadis yang dia tergila-gila itu juga mungkin tidur berdengkur sama
sebagaimana isterinya di rumah. Gadis idamannya itu juga mungkin tidur
dalam keadaan air liur basinya (maaf) meleleh keluar dari mulutnya. Gadis
igauannya itu juga mungkin mempunyai bau badan atau mulut yang tidak enak
malah mungkin lebih teruk daripada isterinya. Gadis pujaannya itu juga
mungkin mempunyai bentuk badan yang tidak cantik tetapi kelihatan cantik
lantaran pelbagai peralatan moden yang dipakai disebalik pakaian luarnya
tetapi semuanya akan kelihatan hodoh sebaik sahaja ianya terdedah.


Gadis tersebut boleh berpura-pura dan berlakon pada waktu yang singkat
tetapi perangai sebenar akan kelihatan apabila mereka hidup sebumbung.
Terdapat seorang kenalan yang memuji melampau-lampau isteri mudanya
sewaktu mereka mula-mula kahwin dan mengutuk "rapat ke tanah" isteri
tuanya. Tetapi kemudiannya terbukti bahawa dia lebih serasi dengan isteri
tuanya berbanding isteri mudanya.


Manusia mempunyai sifat mudah jemu dan bosan dengan "barang lama" sama ada
motosikal lama, kereta lama, rumah lama, pejabat lama termasuk isteri yang
dah lama dikahwini. Manusia sanggup berlakon dan berpura-pura bila
berhadapan dengan "buah hati" baru. Semuanya sanggup dan semuanya indah.
Apabila bersua antara dua insan yang sedang "angau" itu, sendawa ditahan,
makan menjadi sopan, batuk bunyi perlahan dan manja, angin dalam perut
ditahan agar tidak keluar justeru takut kepada bunyi yang akan memalukan,
tetapi apabila sudah kahwin antara kedua-duanya, angin dilepaskan
sekuat-kuatnya, batuk menggegarkan tiang rumah, sendawa mengalahkan orang
jantan, segala-galanya sungguh tidak enak dilihat dan didengar!


Inilah "inferior mirage" yang kadangkala disebut juga oleh setengah orang
sebagai fata morgana. Pandangan yang menipu, ilusi lantaran faktor
tertentu. Di tengah hari yang panas terik, di atas lebuhraya, kita nampak
seperti ada tompokan air tetapi kita memandu selaju mana pun, sejauh mana
pun, kita tidak akan menemui tompokan air tersebut. Kenapa? Kerana ia
adalah fenomena optikal, yang bersifat ilusi, memperdayakan kita. Apakah
kita masih mengejar ilusi tersebut?

4 comments:

  1. hum...
    bile dah sebumbung barulah tau busuk ke buruk...
    cinta kerana hawa nafsu gitulaaa...

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan! me follow u.. follow me back... TQ!

    setuju tak kalau Sya pendapat, since berkawan/bercinta lagi kita tunjuk terus ape sifat dan perwatakan kita yg sebenarnya..... supaya bakal husbend /bakal pakwe tu sentiasa tahu dan menerima diri kita.. so bila dah kahwin takdelah dia terkejut sangat...

    Ni tak, sesetengah girl terlalu hipokrit n cover baik punya diri dia yg sebenar sbb takut si bakal husbend tu tak suka/malu or kutuk dia... tak boleh mcm tu sbb kalo dah kawin nanti baru tunjuk mana tahu si husbend jenis yg terus kritik kan rasa lain mcm time tu.. nak2 pulakkalau dia jenids yg direct n serius mesti si isteri makan hati....

    tp kalau husbend tu mmg jenis yg mula2 terima tp bila dah kawin tak blh terima semuanya salah kat mana dia, Sya rasa something wrong lah kan....

    ReplyDelete
  3. I love this post! so beautiful...secantik sipenulisnya...

    tu dia (lelaki tu) belum nampak lagi rupa bakal isteri muda dia masa melepasss...
    wakakaka...

    yes...fatamorgana..

    ReplyDelete
  4. salam pretty ladies...tapi betul...its truely hapen kan? tu lah namanya manusia....biasalah tuh! biler kawen bini nih nampak semua nya serba tak kena! yang kena...cantik dan indah semua pompuan kat luar yang kononnya de suara merdu buluh perindu...body menggiurkan kalah ayam golek pasar ramadhan....cuma kdg2 depa lupa...yg sanggup bergadai nyawa...hanyalah isteri! alahaiii...emo laks! sowie....

    ReplyDelete