l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Tuesday, September 27, 2011

Aku Juga Punya Kesilapan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bila kembali aku kembali membaca posting yang ditulis sendiri, hati ini sememangnya merenung diri. Kesedihan terlalu banyak berlaku pada diri. Walaupun mungkin kesedihan yang aku alami tidak sehebat apa yang dirasakan oleh mereka di Gaza atau Palestin atau Somalia sana.... Tapi hati tetap juga melihat segala aspek diri yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.
Dalam merenung diri, diriku mula terfikir kekadang apa jua keputusan yang kita lakukan dalam kehidupan ini melibatkan hati dan perasaan orang lain, dan kekadang kita juga bertindak tidak di atas landasan yang betul. Sehingga melibatkan keretakan hubungan sesama manusia. Dan yang paling besar bila kesilapan yang dilakukan memberikan kesedihan kepada orang lain.
Tika itu hati akan tunduk dan mengakui kesalahan dan kesilapan diri. Sama ada besar atau kecil kesalahan dan kesilapan diri akan terus bersarang di lubuk hati. Dan yang pasti manusia akan terus melakukan kesilapan kerana manusia adalah insan yang punya kelemahan. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan pada setiap insan untuk mengubah diri dan terus menyedari kesilapan yang pernah dilakukan. Tetapi jangan ego untuk memohon maaf atas kesilapan diri pada mereka yang terlibat. Wahai diri, jangan lupa bahawa hidupmu hanya sementara. Ubahlah diri mendekatkan diri kepadaNya.

p/s: we are not perfect but we can be almost perfect!

No comments:

Post a Comment