l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Tuesday, September 27, 2011

R.E.D.H.A

assalamualaikum.... pretties!

humrmm...hari nie aku quite bz sebenarnya...maybe pukul 2 tadi terkejar ke seminar kat Watt Siam Kg.Naka Kuala Nerang...so balik pown dah lewat....pukul 8 baru sampai umah! then my ex-Amin msg me up bgtau nak bawa our son pi teman dia tengok bola....hurm Kedah lawan Perak kot! aku ok je....apa pun still his son! well....aku ngan min takkan pernah putus...walaupun dah hampir 7 tahun we divorced but we still care each other! 

memang macam tuh kot...kita pernah sayang seseorang berkongsi hidup dengan mereka..tapi tiba-tiba jodoh kita tak panjang...tak semudah tu kita nak melupakan....samalah macam my second marriage....aku ngan agus pon bukannya kawin untuk bercerai! kalau kita tahu kita berkawen semata-mata untuk bercerai dah pasti aku tak kawen...

aku dengan my exs semua okay...and yang pasti we ol end up with good atmosphere!..buat apa nak gaduh-gaduh? kita pernah saling menyayangi...malah kita berkongsi segala-galanya! mustahil semudah angin lalu je nak melupakan.....

aku tak tahu lah macamana if my exs kawen...samada agus or min! im sure partner masing-masing sure tak dapat nak terima tentang bayangan aku kan...of coz lah if aku jadik depa pun aku tak leh terima! tapi again, korang kena terima hakikat yang KORANG BERKAWAN NGAN DUDA CERAI HIDUP AND ADA ANAK! if basic tuh korang fail...sampai ke tua aku agak korang akan meroyan! teeeeheeee.......

tapi itulah kan....hidup ini sentiasa diuji...tak kiralah kehilangan ahli keluarga....hantar resume berkodi-kodi tapi tak jugak dapat kerja..or even kita bercerai pun semua nie adalah ujian yang mana kita kena redha! Namun sebagai makhluk yang bergelar insan, bukannya kita terus menerus menggenggam kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian dari Pencipta!sebab bukan mudah membina kesabaran dan redha di atas segala bentuk ujianNya..terutama bila kita diuji dengan kekecewaan dan kesedihan......


Bukan mudah mematahkan rasa sedih. Bukan senang memujuk hati untuk menerima segala ketentuan. Sekalipun mulut mampu mengungkapkan kata sabar, ketahuilah bahawa hati sebenarnya memerlukan begitu banyak kekuatan untuk membina kesabaran di hati. Dan perkara yang selalu menjadi pertanyaan kita pada masa itu, mengapa semua ini terjadi kepada kita? Kenapa begitu sukar menghadapi kehidupan ini?
Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita, dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita. Kerana kesedihan dan kekecewaan bukan bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami hakikat kehidupan ini.
Jangan lupa untuk membina keyakinan diri dengan terus berdoa kepadaNya. Minta diberikan segala kekuatan dan kemudahan dalam menghadapi hidup. Pengalaman pahit sebenarnya mengajar kita bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana indahnya pandangan mata menilai sesuatu.


No comments:

Post a Comment