l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Thursday, July 21, 2011

~Barang Anak Nak Brand ajew..Jadi Parent Yang Prihatin Please~

Ahakss....tah ler aku nie kalu nak dikategorikan sebagai owang yang ikut dan je nak tulis kan?...sebab tuh aku kata aku suka tulih pe yang aku observe! Kira nye aku nie belajar dari pemerhatian lew... dan yang paling pasti aku suka nak share stories and info..i think it makes me look sexy! <== apa kesss??. ignore.

okeyh....mama-mama,mummy-mummy,ibu-ibu dan apa jualah panggilan anda...even to uols dady or abah or papa....please take note! kita selalu sibuk membuat persiapan dari start bersalin hinggalah perabot tido nak letak mana...tapi tak terfikir laks ngan keperluan pembelajaran anak-anak...suka nak ingat mengingati yang cost pembelajaran dah meningkat okay...***tapi gaji tak de ler plak nak naik setiap 3 bulan...6 bulan...ye tak? so tak synchronize langsung!***

If kita2 nie nak beli barang anak...amboi nak yang brand aje2...kalu stroller tuh lekeh2 nak quinny, baru nampak cam Suri Brad Pitt...botol susu xbagi kalau tak AVENT ke MAM ke...katanya free BPA tak pun kang mulut anak gatai2! Tang lapik buttock..Pampersss....paling2 pun Huggies.. atau skang cloth diaper (hellooooo Lunatot~ i pun guna tuh)...Go! Go Green!.

uishhhh! aku agaks dalam sebulan saja....suku or even 2 suku pown nak tak nak kena peruntuk untuk anak! ye tak?? mana ngan yuran or duit pengasuh...banyak woooo! so....itu mmg keperluan semasa yang tak dapat nak dielakkan...semuanya under our responsibility cuma yang penting tak der ler nak berbelanja until deficit!

This time aku juz nak tanya.... how about education planning? r u think about dat oredy? atau u all rasa tak berapa penting lagi sebab anak baru lepas pantang? hurmmm...again! pada pengamatan aku ler...apa yang aku tahu....in 2015, yurang pengajian dianggarkan meningkat 3kali ganda dari current cost.....hurmm if anak sorang oklah...if dah masuk 3 4 orang, parak kau nak prepare!...Lama lagi?? Inilah yang selalu menjadi kesilapan kita … nak jejak kaki ke kolej tunggu anak usia 18 atau 19 tahun. Lama lagi … jadi tak fikirlah nak melabur atau menabung untuk keperluan ini.Dalam istilah perancangan kewangan, keperluan kewangan ini jatuh dalam istilah keperluan jangkamasa panjang.

memang ade ruang n peluang nak wat loan PTPTN ke...MARA ke...tapi if apa yang korang harapkan tak de rezki laks tuk anak korang...almaklumlah aku rasa skang student semua bijak2 pandai, mcmana tuh? jadi...jawapannya mudah...

~Buat Perancangan Kewangan Dari Kecik2 Cili Api lagik~


so ader beberapa pilihan okay....dalam memenuhi keperluan jangkamasa panjang, kita boleh memilih sesuatu yang agak berisiko sederhana ke tinggi, sebab kita ada waktu untuk mengalami sebarang kenaikan atau penurunan harga pelaburan kelak.Jadi, pelaburan jenis apa perlu dipilih?

1- korang beli insurans yang khusus utk education planning or
2- MELABUR DALAM UNIT AMANAH...

Pretty mummies n encem dadies.. skang kan dah berlonggok2 cam dughian dok jual tepi jalan... pilihan produk insurans or even unit trust in todays market...antaranya products dari ASNB.....Prudential.....Public Mutual n macam2 lagik!


The best way...first skali kita cuba kategorikan anak-anak dalam tiga peringkat:
Peringkat pertama – bayi hingga 5 tahun

Peringkat kedua – 5 tahun hingga 10 tahun

Peringkat ketiga – 10 tahun ke 17 tahun

Bagi pendapat saya, setiap kategori memerlukan kaedah pelaburan yang agak berbeza. Jika memasukkan mereka di dalam keperluan kewangan, tempoh setiap kategori berbeza seperti berikut:
Peringkat pertama – Jangkamasa panjang

Peringkat kedua – Jangkamasa sederhana

Peringkat ketiga – Jangkamasa pendek

Bagi anak-anak di peringkat pertama, lebih banyak pilihan pelaburan yang boleh dibuat oleh ibu bapa. Itu pun kena ambil kira dahulu keseluruhan situasi kewangan keluarga anda sekarang sebelum memilih sesuatu pelaburan.
Lazimnya, anda mungkin baru memiliki rumah dan kereta dan perbelanjaan bulanan agak berat sebab kebanyakan alat rumah atau perkakas elektrik juga dibeli secara kredit. Jika ada di antara anda yang mempunyai “surplus” (lebihan) dari segi wang masuk bulanan melebihi wang keluar bulanan, alhamdulillah, anda boleh memulai tabungan atau pelaburan jangkamasa panjang untuk keperluan anak-anak anda. 
In fact, di pejabat ASNB ader skim Amanah Saham Gemilang yang leh buka akaun anak dari umur 6 bulan....worth investing!
eh3...korang jangan lupa n buat2 tak tahu buka savings akaun biasa dengan melabur dalam unit amanah adalah different at all....savings still dapat dividen or they call it interest tapi tak setinggi tabung unit amanah okayyyy.....please remember!

nota utk semua2 yang bergelar PARENT: jangan peduli apa aku bebelkan jika korang rasa tak penting...aku juz ingat mengingatkan kepentingan membuat perancangan awal supaya pembelajaran anak2 diambil kira demi kesejahteraan mereka! 

~perghhhh!!! setengah jam gaks aku dok tekan kibod...aku taip laju2 gitu smp terangkat2 kibod! bluff. uweeekk....Pangg skit!


alahaiii...fail picta anak2 ikan nehhh....blur2 skit!
nak jerit kuat2 gitau "I LUV UOLS"

3 comments:

  1. kan kan, barangan nk yg branded ajer.. mcm rda, ayah die salu cakap, ibu ngn ayah leh pkai barang branded, so xkan yg ank nye nk beli yg psr mlm? so, natijah nye cenggitu ler, haruss la ber hbs 5rat jgk stiap bln utk my hero..itu bru sorg, klu 2 3 org, xke naya...? haish~ rda menabung sndiri utk ank, stiap bln harus n wajib msk kan dlm akaun die 2rat.. insurance sume2 ni xpenah amek..huhu

    ReplyDelete
  2. salam mummy r'Da! huhu mmg lew cenggitu! if k kedai tuh bajet dah nk beli yang lain tp beli yang lain...tambah skang semua baby stuff cute2! nafsu tolll....tp xpew lah sentiasa beringat tuh bagus n congrate sb mummy dah mula menabung utk masa depan! hehehe

    ReplyDelete
  3. Amanah saham gemilang pulak ke?

    Kami ambilkan Prudential Takaful untuk Keisha. Selain daripada itu, buat gak Amanah Saham Didik untuk die.Pastu buat gak akaun nuri kat Bank Rakyat dan tak lupa SSPN.

    Semua belasah. Invest byk tempat sebab tak tahu yang mana terbaik terkini dan selama-lamanya.

    ReplyDelete