Hurmm...apa aku nak membebel pon aku tak tau..tapi sebenarnya ader nie hah benda yang tersimpul dalam hati aku nie...ishhh! tapi mcm biasa lar apa yang aku nak sembang semua nya berkaitan dengan apa yang aku dok perati kat keliling aku...contoh tadi masa pi kuaq makan aku der lah tengok keta sebelah aku santeeeekkk sangat.. tambah laks yang driver nye fomfuan lakss..uishh! mmg ngam2 lah dua2...so aku terfikir kan best if aku pown dapat drive keta cenggitu!
tu lar no..kita ni manusia biasa yang selalu alpa... Kita selalu terlepas pandang dengan apa yang kita ada. Kita dok nampak apa yang orang lain ada! Kita rasa apa yang depa ada lebih baik dari kita punya. Kadang-kadang kita terlupa yang orang lain pun dok perati kita dan berperasaan seperti kita juga. Depa pun dok tengok apa yang kita ada lebih baik dari apa yang dia terima.
Nampak? Kita rasa gaji kita sikit, tapi ada orang yang gaji jauh lebih rendah dari kita. Depa pun dok pikir, alangkah syoknya kalau gaji depa sebanyak gaji kita. Kita rasa kereta kita buruk, slow, tak canggih .... Tapi orang lain, berhujan berpanas hari-hari pergi kerja. Kalau ada berkereta pun cukup syarat sebagai satu keperluan sahaja. Orang naik moto especially yang carry anak tecik2 tuh bersusun depan belakang..(aku andai ler... dia takdak kereta) mengharap pakai kereta macam kita, yang kita dok mengharap pakai kereta lagi mewah dari apa yang kita ada.
memang ler aku tak nafikan kita dituntut untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada pada hari ini so idaklah kita dok kat takuk lamaaaa ajew! Itu aku tak nafikan lerrrrr... Tapi dalam kita dok mengejar sesuatu yang lebih baik, sekurang-kurangnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan kufur nikmat. Biar makanan tak sedap, sekurang-kurangnya kita ada makanan nak dimakan. Biar rumah kita kecik dari kita kena tidor bawah jambatan. Biar tidak berpangkat dari kita takdak kerja langsung.
Nak tak nak kita kena bersyukur dengan pekerjaan, kenderaan, sahabat, keluarga, kehidupan or apa-apa ajerlah yang kita ada sekarang ini..... Kemudian kalau tak puas hati kita improve kepada keadaan atau sesuatu perkara kepada yang lebih baik. kita perelokkan apa yang kurang. Bukan semua yang kita nak kita boleh dapat time-time tu jugak. Ada improvement yang kena ambil masa yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi.....tengok kejayaan orang lain, kita jadikan spirit untuk kita tingkatkan prestasi kehidupan. Pada waktu yang sama kita sedar yang kita sebenarnya jauh lebih bernasib baik dari orang yang dibawah kita.
Bersyukur wahai mommies anak kita masih cukup segala makan dan minum.... |
Allah tu Maha Adil. Dia tak bagi semua apa yang kita mintak. Kadang-kadang yang kita tak mintak Dia bagi. He knows best for us. Kita ni kalau marah, sumpah orang macam-macam. Cuba kalau apa yang kita mintak tu time2 tu jugak jadi??? ha, tak kecarca merba habis semua benda... Semua orang mintak kaya jadi kaya, sapa pulak nak kerja tukang pungut sampah or wat keja lain yang bergaji rendah. Dia dah susun cantik dah seluruh kehidupan manusia.
Terlalu memandang apa yang kita tidak ada adalah lumrah manusia biasa yang selalu terlupa dengan nikmat apa yang dia dah ada. Selalu memandang pada satu pintu yang tertutup sedangkan banyak lagi pintu hikmah yang terbuka. Selalu rasa tuhan tidak adil kepada kita sedangkan kitalah yang selalu menzalimi diri sendiri.
Kalau kita ni reti bersyukur, secara automatiknya kita akan appreciate dengan apa yang kita ada. InsyaAllah kita tidak akan rasa bongkak, tinggi diri, dengki, irihati dan sakit menyakiti sesama manusia. Apa yang orang lain dapat adalah selayaknya dengan usaha dia. Tuhan bagi apa yang terdaya dia terima pada masa dan waktu itu. Bagi kita, jaga apa yang sedia ada, bantu mereka yang tiada, usaha capai sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang ni. Jangan dok dengki dengan pencapaian orang lain kalau kita sendiri malas nak usaha. Kalau kawan-kawan berjaya, mai kita pakat-pakat support. nie dak ade yang dok pekena kawan-kawan sendiri sebab dengki!! tak elok lah dok wat PHD lagu tuh...if hangpa sambung PHD betoi kat uni tak pew, yang tu aku sokong!
tak perlah lagu mana pown aku just nak kongsi2...share2 jew ngan uols pretty ladies....sharing is all about caring and sexy! teeeeheeee............
note: k lah pi wat keja!
Kita sendirik kena muhasabah diri.. Tapi kita bukannya nabi yang sifatnya MAKSUM
ReplyDeletebetul tuh wifenavy...we r not perfecto! ade jer silap ye tak..anyway cuba yang terbaik jew...
ReplyDelete