l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Tuesday, July 19, 2011

~Kehidupan Yang Realiti, bukan cerita nora elena neh~


JANGAN SERABUT SERABAI KAN FIKIRAN
suatu pagi...

aku : eh2 mia...ko nie napa tadi mula mai keja gelak kut kit kut kit...skang,napa nie mia nampak sedih ajew!
mia : tah! tetiba rasa cam sedey........
aku: yelah apa yang ko sedey?
mia:......entah! faten...aku tak nak tua sorang diri! aku nak hapy family....aku tak nak anak aku inherite apa yang aku lalui.. kadang2 tgk family orang lain hapy2 jew....aku? ngan anak2 je...
aku: mia aku faham mia....skarang yang penting kau kena banyak sabar okay....takpe kau tenang2 je dulu....

aku berlalu biarkan mia melayan perasaan dia...bg dia time utk diri dia sendiri..

so,dari conversation nie aku agak mia banyak simpan and pendam perasaan dia...okayy! ekceli mia is my fren...shes a singlemom, she married twice and divorce pun twice!...aku yang dengar pun perit apatah lagi yang menanggung... bukan senang nak membesar anak sorang2 diri wooo...korang yang tak paham sure takkan paham...ke hulur ke hilir langsai tanggungjawab...tapi ALHAMDULILLAH ex husbands supportive!

Pelikkan dunia nie...dah bercerai baru semua ok! Setan pown gelak sama sebab berjaya menjatuhkan satu institusi keluarga...Persetan sungguh si setan! Apa yang aku belajar, life nie tak semua indah, of coz! Percintaan atau Perkahwinan Yang Kekal Selamanya yang kita katakan tuh hanyalah apa yang kita rancangkan...tapi sebaliknya hanya Allah Maha Mengetahui...sebab tuh perlu banyak bersabar dan berdoa... sesungguhnya doa itu sendiri bukan lah untuk memberitahu Allah apa yang kita mahu itu dan ini semata...IF KITA TAK BAGITAHU pun ALLAH DAH TAHU apa yang kita nak...cumanya berdoa itu adalah pengabdian seorang hamba kepada pencinta...Allah suka dengar rintihan hambanya!

tapi aku rasalah cuba korang bagitau aku pompuan mana yang KAWIN UNTUK BERCERAI? pompuan mana yang TAK NAK DISAYANGI?? tapi itulah kita manusia....kan? aku yakin mia berkawin sebab apa yang dia impikan juz nak living in a hapy family... maybe pada mia pilihannya tepat sebab kita merancang kan...permulaan nampak serasi tapi maybe dipertengahan ade kemelut yang tak dapat nak dihindari! argghhh aku tak berhak nak amik tahu masalah rumahtangga mia...cuma aku terfikir apa yang akan kita lakukan if one day kita ditempat mia?? ( aku tak doakan okay tapi juz untuk persiapan diri) bagaimana jika kita ditinggalkan....apa yang akan kita lakukan?

pasal mia if aku tafsirkan balik aku pown tak mampu nak jadi macam dia...shes strong! strong macamana yea...aku nak explain....hurmmm! bukan strong sebab dia buat semua keja...yelah nama pun single mother! tapi strong dari segi jiwa...ko ingat senang nak build up balik rasa yakin diri...bukan sekali okay, tapi dua kali bercerai...logiknya pertama kali bercerai dah frust dah so bila kali kedua kawin sure ler kita tak nak ulangi kesilapan pertama, tapi second time pown tak work out...so macamana? give up.

pernah tak korang terfikir one day if Allah tarik balik nikmat saling menyintai antara korang and suami? tak kira lah biler kata suami ade perempuan or feeling pd wanita lain? sanggup kah kita menerima hakikat nya? atau pun kita sudah bersedia untuk bermadu? hurmmm tak salah jugak bermadu sebab payung emas menanti di syurga, ye tak? Alahai pompuan sms tanya toilet kat mana pun kita dah melenting! sebab pompuan...kita pun mula lah maki pompuan gatal...bet7%# tak tau malu <== apa kes tanya toilet lakss...contoh la weyyy! tu lah nak kata HATI MANUSIA nie fragile....

tapi tak pew...korang tetap individu yang mempunyai harga diri dan disayangi oleh ahli keluarga serta sahabat....sebabnya perceraian itu tidak akan mengubah nilai baik yang ada pada diri korang tuhhh! 


Ingatlah manusia adalah ciptaan Tuhan dengan mempunyai matlamat, mempunyai bakat, pendapat dan boleh mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.


Memang perceraian membuatkan korang berasa marah. Tetapi korang perlu mengajar diri untuk berhadapan dengan perasaan negatif tersebut.


Tidak dinafikan juga kemarahan itu boleh memberikan anda motivasi dan meningkat diri serta kerjaya ke tahap yang lebih baik...Tetapi awas ekkk...silap langkah, kemarahan boleh membinasakan diri anda kembali.


Lapan puluh peratus daripada tenaga digunakan untuk ‘memproses’ perasaan. Sebab itu, seseorang akan berasa letih jika terlalu tertekan dengan masalah. Tahap keyakinan diri juga memang akan terjejas!

perghhh!! nie kalu pakar motivasi tengok aku gaya2 nye setanding ngan derang kew? wakakaka! tak der lah sumtime kita quite lost biler facing this kind of problem...

for my fren mia (bukan nama sebenar): dun wory dear...maybe Allah uji kau thru this sebab Allah tahu kemampuan kau! Aku tau kau rasa aloneeee nye nak membesarkan anak2...tapi tak per ganjaran yang lagi besar menanti di syurga kan? so be happy my fren....


hah!! jangan dok nanes sowang2 tuh....


No comments:

Post a Comment