tapi sebenarnya aku tertarik nak citer pasal kasut nie sebab aku ade kasut baru...wakakaka!
tapi baru tak baru pun aku nie jenis kalu beli kasut baru sure aku dok pakai yang tuh sampai aku jemu...
tapi aku rasa semua orang pompuan suka kasut...
tapi...(adussss! apa nie tapi tapi nie....) ade tak kita fikir, bile soping kasut apa yang kita penting kan?
~jenamanya kah?
~cantik dan chumilnya kasut tu kah?~
~matching tak ngan baju ini atau baju itu kah or even ngan shawl yang korang pakai?~
so sukanya aku nak bagitau if aku beli kasut...aku make sure kasut tuh selesa ngan ku yang memang mempunyai kriteria " aktiva momma" (chuppp!! apakah aktiva?...its a short form for aktif + diva!) <=== nak jugaksssss! teeeeheeee.... tapi if kasut yang selesa and comfort tuh datang dari kasut berbrand aku akan pertimbang kan jugaks...tengok keadaan ler kan...
Aku Mengamalkan konsep bersyukurlah atas nikmat Allah
Bila dah pakai kasut, jagalah kasut tu supaya nampak bersih...Islam kan suka pada keindahan!. Sebab bila kita berinteraksi dengan orang lain (sebab aku mmg directly doing marketing) antara objek yang menarik perhatian mereka ialah kasut. ...aku pernah jumpa orang yang penampilannya kemas, tapi fail pada kasut. Potong markah! Juga, peliharalah kaki anda yang merupakan salah satu dari nikmat Allah. Gunakan kasut yang sesuai dengan kaki; tidak ketat dan bertapak lembut. Belanjalah lebih sedikit untuk jaga anugerah Allah tadi, sebagai tanda mensyukuri nikmatnya… Syukur nikmat kaki dan syukur nikmat gaji.
since aku memang terlibat secara langsung dalam marketing...aku berpendapat biarlah kita seimbang kan...pakai baju and tudung dah comel tapi tang kasut tuh...aduhaiii! tak sesuwai ler awak!!....
so memandangkan aku nie pun dikira giler kasut...taaaddaaa.....aku tanpa segan silu i bought this wedges...
mmg best memakainya....selesa sangat walaupun its 2 inches~ most welcome to my aldo family dear~
my new baby! |
lihatlah biler dipakai kelihatan seksi and diva! wakakakaka.......
owhhh! sungguh kurang sopan mempersembahkan khaki nye di khalayak ramai! |
- Pastikan saiz anda kerana kaki menjadi panjang dan lebar seiring dengan usia.
- Jangan bergantung kepada saiz kasut sahaja kerana saiz kasut berbeza-beza untuk setiap pengeluar
- Bandingkan kelebaran kasut dengan kelebaran kaki. Elakkan kasut yang menyesakkan walaupun anda sangat menyukainya
- Cuba kasut pada kedua2 kaki. Ini penting kerana kebanyakan orang memiliki kaki yang besar sebelah.
- Beli kasut pada waktu petang atau malam.
- Tanya pada cik kedai tentang polisi memulangkan barangan kerana mungkin selepas sehari, anda dapati sebenarnya tidak sesuai untuk kaki anda.
- Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki anda 'bernafas' seperti kulit.
- Jangan membeli kasut kerana jenama atau harga, sebaliknya pilih kasut berdasarkan kesesuaiannya pada kaki anda.
- Jika membeli kasut sukan, pastikan ia tidak terlalu berat dan ketat selain mempunyai sistem ampuan kaki yang stabil.
- Definisi kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.
cunnya wedges aldo itu....n nampak sgt selesa...
ReplyDeletewahhh kasuttttttttttttttttt! :D
ReplyDelete