l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Thursday, December 8, 2011

Bila Dunia Sentiasa Salah.

Betol....Orang tua kata hidup ini ibarat roda tapi orang muda tak kata apa2! kadang-kadang kita dok atas kadang-kadang kita jatuh ke bawah (jatuh sure ke bawah,ye tak?)...tapi itu adalah faktanya. cumanya bila kita tang atas kita lupa orang kat bawah. bila kita jauhhhhhh dibawah, kita mula merungut, merintih salahkan takdir.

begitulah manusia. mudah lupa! dalam Al-Quran sendiri menyebut 'insan' di mana berasal dari perkataan 'Nasiya' yang bermaksud lupa (ni aku google kay, betapa gigihnya aku mencari makna)... manakala insan pula bermaksud 'yang lupa'..... ini menjelaskan kenapa kita lupa.

Senang ja...pernah x hangpa memaki hamun pemandu lain apabila melakukan kesalahan trafik? kita kadand-kadang hangin ja bila pemandu di depan kita drive MasyaAllah pelahan yang amat! padahal kita yang nak cepat. pastu start la tekan hon xbrenti macam apa lagi...bila driver depan kita masih tak bergerak sedangkan lampu isyarat dah tukaq hijau. aku agak silap ari bulan hangpa yang tukaq jadi hijau gaya incredible hulk!

da pula time bila beratuq nak amik lauk makan tengahari. dalam hati kita menyumpah seranah orang  depan kita yang lambat memilih lauk. terhegeh-hegeh memilih, padahal perut kita  yang dok lapaq tak hingat....yelah tak sarapan pada pagi tadi.

pastuh time lain yang aku prasan...time yang buat kita mula hangin-hangin...bila kita dok beratuq ingin deposit wang tunai ke dalam akaun bank. berbulu mata kita tengok mamat depan  masukkan duit tapi duit tuw tidak diterima mesin berkali-kali. tambahan pada masa itu kita sedang mengejar masa.

tetapi, pernahkan kita memikirkan apa perasaan kita jika kita berada dalam situasi yang sebaliknya. apa perasaan kita bila kita terleka tak sedar lampu isyarat bertukar hijau dan pemandu di belakang kita menekan hon? alah tok sah habaq la....kat highway pon bila da keta hi-bim suh hangpa ke tepi ke tepi...pun leh wat kita berangin.....tak puas hati punya pasal...skalik kau naik kelisa cuba mengejar lexus! apa perasaan kita jika kita sedang berfikir lauk apa pula yang akan menjadi santapan tengahari ini, tiba-tiba orang belakang membuat muka bosan bila anda melihatnya? apa perasaan anda apabila selepas bertungkus lumus memasukkan duit yang tidak diterima oleh mesin cash deposit bila berlalu meninggalkan mesin orang belakang membuat muka tak puas hati? sakit hati?

tanpa kita sedar kita memliki penyakit hati yang di namakan 'Double Standard'. kenapa apa yang kita buat semuanya betul. tapi bila orang lain buat, semuanya salah.

mungkin perkara ini nampak kecik. memang nampak kecik bila skopnya kecil, hanya melibatkan individu. tetapi jika melibatkan jumlah orang yang besar ini menjadi satu penyakit yang tidak ada ubatnya lagi.

puncanya adalah bila kita tidak melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut. hanya melihat dari sudut orang yang berada di atas. tapi jangan lupa, hidup tak selalunya indah. ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari (pergh!)..... again, hidup ni macam roda, tak selamanya kita berada diatas. ada masa kita berada dibawah.

cuba meletakkan diri kita pada tempat orang lain. insyaAllah hidup ini akan lebih indah.

No comments:

Post a Comment