l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Thursday, July 14, 2011

~Owh! Perkahwinan itu Bukan Cinta Semata ~



Telah  ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita. Bagi yang belum melalui pasti akan melaluinya....
Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia… Ah! gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.
Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terserlah…
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.
Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.  
Cuba bayangkan, ketika isterimu hamil, muntah-muntah, rambut kusut dan badannya tidak terjaga lagi kerana menanggung derita tempoh mengandung, ketika mulutnya mula becok mengasuh dan mengelolakan anak yang berderet selang setahun, atau ketika suamimu termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin meningkat atau keceriaannya semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertali arus… Bagaimana? Masih berserikah wajah sidia seperti yang kita lihat pada malam pertama?
Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Pada saat itu darah tinggi, diabetes, tahap kolesterol, obesiti dan malam-macam penyakit mula bertamu. Mungkin kita selamat, isteri pula yang menghidapnya. Bagaimana? Sanggupkah kita menjaganya dengan setia? Membawanya ke hospital memenuhi rutin rawatan, memastikan segala ubat-ubat dimakannya menepati jadual, atau lebih “ekstrem” lagi terpaksa menyuap makan-minumnya ketika dia sudah terbaring kesakitan serta menukar kain lampin kerana dia sudah tidak mampu mengurus diri?
Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggung-jawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh kita sebagai suami musim lalu bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi. Kita memikul tanggung jawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…
Pun begitu bagi si isteri… penerimaan mu sebagai pasangan hidupnya bukan ertinya untuk kau menerima tetapi untuk memberi – memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga mu untuknya. Kau telah membuat satu aku janji yang paling suci dan tinggi dalam hidup mu, bukan untuk seseketika tetapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya ketika suami mu bertubuh kekar, tetapi sehinggalah dia terlantar. Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh lagi!
Itu baru ujian luaran. Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu, jemu, marah, curiga dan lain-lain “virus” perhubungan. Berapa banyak hubungan yang terputus atau tinggal nyawa-nyawa ikan kerana hilangnya kepercayaan.

“Aku cintakannya, tetapi aku curiga apakah dia setia dengan ku?”
“Tergodakah dia bila di belakangku?”

Itulah contoh dialog hati yang merasuk bila ada cinta tetapi kurang ada percaya. Fobia dan trauma ini sering melanda rumah tangga. Ia akan menyebabkan hilang bahagia.
Pernah anda lihat si suami yang “diganggu” panggilan telefon oleh isterinya setiap selang 15 minit sekali? Aduh rimasnya. Betulkah itu kerana cinta atau kerana curiga. Pada hal cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan suami atau isteri, dan cinta itu ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya. Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu… tetap di sini, di hati ku!
Ada si suami yang curi-curi memeriksa “inbox” dan “sent” telefon bimbit isteri kalau-kalau ada SMS yang mencurigakan? Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami takut-takut ada “kesan-kesan” tinggalan perempuan lain. Pernah saya dengar ada suami yang memusnahkan segala resit, bil, surat-surat kecil, dan apa jua dokumen-dokumen picisan dalam poket dan beg duitnya sebelum pulang ke rumah takut “disoal siasat” oleh isterinya?
“Ini bil makan, abang makan dengan siapa?”
“Lain macam sahaja mesranya SMS ini, ada apa-apa ke ni?”
“Eh, banyak yang abang beli ni. Tetapi kenapa nampak sedikit sahaja yang dibawa pulang ke rumah?”
Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial menjawabnya. Pada suami semua itu remeh temeh, tetapi tidak pada isteri yang tidak percaya, semua itu boleh dijadikan modal “perang besar”. Kalau si suami disyaki ada di tempat yang tidak sepatutnya ada atau pada waktu yang tidak sesuai, siap sedialah menghadapi hukuman jika gagal memberikan “alibi”!
Itulah gara-gara sama ada isteri tidak mempercayai suami atau suami tidak mempercayai isteri atau kedua-duanya sudah saling tidak mempercayai! Bukan kerana tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya. Sebab itu mengikut kajian, penceraian banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.
Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor. Pertama, kita belum benar-benar mengenalinya. Kedua, kerana kita telah benar-benar mengenalinya. Jika disebabkan faktor yang pertama, jalan terbaik ialah kenalilah pasangan anda dengan lebih mendalam. Berkenalan kali pertama dahulu (seawal usia perkahwinan) adalah untuk menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tetapi perkenalan kali kedua, ketiga dan seterusnya yakni setelah usia perkahwinan meningkat adalah untuk menyuburkan bibit-bibit percaya. Adalah salah sekali kalau kita beranggapan yang kita telah kenal pasangan kita dan terus menghentikan proses perkenalan. Sedangkan proses perkenalan dalam rumah tangga adalah “on going” (berterusan) sifatnya.
Kenal itu sangat berkait dengan rasa cinta. Dan cinta sejati dalam sebuah rumah tangga adalah dibina atas perkenalan bukan sahaja dengan kebaikan pasangan kita tetapi juga dengan keburukannya. Ya, kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita. Keburukannya akan kita cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat.
Kita akan terus mempercayainya walau apa pun keadaan. Kita mengingatkan bila dia terlupa dan membantunya sewaktu dia ingat. Jangan sekali-kali hilang kepercayaan. Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan. Kepercayaan itu akan melahirkan tanggung jawab dan tanggung jawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.
Jika anda bertanya bagaimana memupuk kepercayaan? Jawabnya, kembalilah kepada kepercayaan-kepercayaan yang asas dan teras. Apa lagi jika bukan Rukun Iman? Binalah semua jenis percaya di atas enam kepercayaan itu. Jika suami dan isteri percayakan Allah, dan sama-sama berpegang kepada kehendak-Nya, maka mereka akan saling mempercayai antara satu sama lain. Percayalah kepercayaan kepada Allah itu adalah simpulan yang mengikat kepercayaan sesama manusia.
Sebab itulah kepercayaan juga disebut sebagai akidah– ertinya simpulan. Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan. Ya, kepercayaan kita kepada Allah akan menyebabkan pasangan kita mempercayai kita.
“Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama.”
“Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu…”
Bila hancur sebuah cinta bererti hancurlah satu kepercayaan. Bila hancur kepercayaan bererti hancurlah iman. Wahai suami, wahai isteri… sekali lagi ku tegaskan inilah oksigen cinta. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki dengan wanita),  burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai… itulah dipercayai!
Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu  mendapat gelar  ”Al Amin” (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?
nota kaki: luahan hati untuk dikongsi.....sharingkan sexy!

Wednesday, July 13, 2011

Ade Sumting To Let Go

nie ade lagi nak let go...beg DKNY jugaks...
nak let go pada sesapa yang berminat....
masih cantik sebab well kept neh....warna hitam....

alahai...bad photo tul...tp tak pe still nampak kan ?

nie ler beg mama nak let go tuw....dun wory tip top condition......

DKNY terpatri kat besi nie...hehehe
murah2 jew nie...juz RM150....if nak leh call or sms tireless mom nie hah....no ada tak? okayy...nie no nye... 019~2728 279......

Monday, July 11, 2011

Im Not Beauty Queen...Im Just Beautiful ME...

hari ni im in the mood nak citer pasal beauty...hahaha! ekceli not only today lah...everyday is about beauty day! wahhhh......so sebenarnya aku tak sure lah wether aku nie the correct person or tak...but sharing is caring yet sexy! 
macam nie...mama yang heavy duty cam aku nie if tak amik tau sal kesihatan or kecantikan for sure akan cepat dimamah usia...siyesly! so in order to slow down it....agar tak dimamah sangat oleh usia so aderlah a few things yang aku buat....aku makan...aku amal...n aku usahakan....tapi biasalah kan nama pun pompuan......so biasanya orang akan tanya aku..." eeeiii.....u makan apa ek cepat jer menten lepas bersalin?" or " diet ker neh? dah slim dah hari tuh masa peknen tak der rupa langsung cam gaya2 nak turun.."!
First, aku suka ,menyentuh tentang apa yang aku makan.....

nie gambo google jew!
1. Jamu Herba Kencana~ so jamu nie aku makan dari start sebulan lepas aku pantang, sebelum tuh masa confinement aku guna jamu Mak Dara....tapi biler dah habis aku start ngan HK, knapa aku tukar sebab pada aku JMD tuh kuat ler sikit kejamuan nye...sebab aku kan fully bf so anak aku habis naik merah2 kat badan dia...so my bestfren pomot tis jamu...Alhamdulillah! orang kata sesuai n serasi ngan badan n darah as well as to my lil angel Qynisha...walaupun kita tengah period pun still boleh makan... so jamu nie oso membantu aku melawas yang perlu dilawas...so kira sistem perkumuhan agaks2 teratur.... so smp hari nie kiranya aku tak pernah miss pun makan jamu nie....kira nya lepas breakfast and lepas diner sure aku telan.....




2.  Dermareen ~ hahhhh.....Dermareen nie ekceli for skin...hurmmm sebelum dermareen aku dah consume banyak benda jugaks...sebut jer semua dah try....gamogen, pastu gamat plus ker apa...kinohimitsu...nuvafemme...imedeen...estime....ishhh tak tau dah brapa manyak ler...hehehe! tapi yang dermareen nie...was promoted by this beautiful chinese pharmacist kat area alor setar nie....so the product of 8000mg is consist of fish collagen peptide-Lglutathione-Astaxanthin-Bioflavonoids-grape seed extract-L-arginine-Mangosteen Extract. hurmmm! so in a week pun dah nampak kesan... yang dermareen nie aku biasanya akan consume every morning with empty tummy! by the way its halal ok.....

yang tuh yang aku makan ler kan.....yang aku sapu kan hari tuh aku dah gitau yang aku dah tukar my skincare set to KOSE...so far sangat berpuas hati....and malam aku memang tak lupa apply the nite cream to fight the signs of ageing...bkn lah tak nak tua.. aku tahu dan pasti kita akan melalui proses ketuaan itu! tapi aku cuma nak TUA DALAM ANGGUN okeyhhh..... wakakakaka! eh3....nie de lagi nie benda tentang kecantikan...sambung balik... so biler kala malam menjelma...dah nak tidor aku sapu ler nite cream....pastuh aku tak kan lupa menyapu...jeng jeng jeng...
nie ler DERMAFAL tuw..



************* DERMAFAL***************

okeyy.....skarang kan orang ramai bercerita tentang sheep placenta....ishhh3! ade ade jew ko neh faten....wakakakaka! but its true....dermafal nie...just apply on skin....(hellooooooo! its better do for natural dari ko dok pakai yang nak memutih bagai dengan menggelupas kan kulit ko!) tak yah ler citer tentang hal peeling2 nie....aku dah cuba hampir kesemua nya...at last u will find ur skin be too sensitive, believe me dear!.... tambah cam aku yang keja nye outstation kan...ke sana sini...siyesly aku dah melalui nye...yeaa mula2 memang cantik putih bersih melepak...tapi if ko berjemur skit tengah panas sure ko rasa bahangnya menggigit2 ur skin! tapi tak kesah lah duit korang kan aku juz share jer pengalaman2 yang aku adew......

so back to this dermafal.....macamana dermafal nie? mana nak cari? okeyyy aku beli dari farmasi yang sama aku beli dermareen...so nie smua berkait rapat dengan derma2 kan? hiksss.... so nie meh aku story skit sal dermafal....<----- nie pun aku copy jer sebab malas nak menaip ler....manyak info sangat!

DERMAFAL - Sheep Placenta Serum Complex With Squalene & Vitamin E

Fortified with Squalene and Vitamin E, this moisturizing solution is specially formulated to help moisturize skin as well as recover from sunburns or lesions. When used daily, it will help your skin feel young and revived.
  • Restores skin moisture
  • Aids wound recovery
  • Improves skin elasticity & reduces wrinkles
  • Lighten freckles
  • Reduce stretch marks

Dermafal gently cares for your skin.
Its sheep placenta, squalene and vitamin E reinvigorates the skin from and into its deep layers.
  • Its antioxidant properties reduce and prevent damage from free radicals that ravage skin over time
  • Skin identical ingredients then help your skin rebuild its protective outer barrier while mimicking its structure to prevent moisture loss.
  • Cell communicating agents encourage skin cells to behave efficiently and healthily while instructing damage-causing cell to shut down.
This lessen cell damage and reinforce your skin's ability to function at its best and overcome environmental stress.
Continued use rebuilds healthy skin from its roots, prevent wrinkles and visibly improve skin texture.

Finally with Dermafal, your beauty has a friend.

Dermafal is Halal Certified.

OK BENEFITS DERMAFAL nie....

~Rapid penetration and absorption
Non greasy and moisture locking

~Regenerates healthy skin tissue
Minimize inflammation at cellular level & reduce skin related complications

~Rebalance & slow down cell aging process
Prevent signs of pre-mature aging & delay normal speed of aging

~Regain skin firmness and suppleness
Smoothen skin texture and lighten scars

~Reduce fine wrinkles
Youthful and glowing appearance

~Repair and heal
Vital complexion

hahahaha......korang bacalah ek...mana tau de yang nak cuba..jadi cuba ler pi survey2 memana farmasi yang ade.....tak salah nak mencuba kan???

k lah anyway...banyak lagi bab kecantikan nie....nanti aku sambung lain okey.....anyway sharing is cekci!!

Ke Mana Perginya Dia Membawa Diri?

ishh...aku tak tau lah wat per kat dia tetiba menghilang...dah perasan dah a few days dia tak der...
merajuk ker hapa tah?
tapi apalah yang aku wat tetiba dia tak der? tak paham...
dah kodek sana kodek sini...
mintak nasihat situ sinun tapi tak jugak berjaya...
so langkah mudah wat dono jew...
ade ker sapa2 yang facing the same prob ngan aku?
FOLLOWER WIDGET aku missing.....
tetiba jew!!! sayang wooo....walaupun tak der ler manyak mana follower tapi sayang sangatttttt.........
huhuhu! any advice pretty ladies????

Saturday, July 9, 2011

Pampering Moment

hiksss......hari nie hari cuti woooo!! best...
so aku dah de facial appointment kat Mayfair Alor Setar..
ekceli this is my 2nd visit...
sebelum nie aku dah pi a few places...Dermalogica, Cellnique...yang nie aku sign up ler...
New York Skin Care tuh juz p try jew...tak sign2 apa bagai pun....
(ishhh! if dah nama pown fomfuan tetaplah gitu sampai bebiler...nak melawo ajew!)
for me...melawa tuh memang dah azali kaum hawa kan...tapi kenapa aku dok pi tempat2 cenggini sebab self satisfaction....penat taw keja so why not get a getaway for a while......
tapi xsempat nak bergambo ler sebab nak cepat...
si kecik tinggal kat umah kan.....

cumanya yang leh aku katakan...biasa je sebenarnya facial kat memana pown yang pasti konsep nye adalah sama...facial ~ remove black n white heads...mask...huhu!


sekali nengok cam katil ospital jew...

ni time pakai mask..aku cecurik nengok n snap picta...


nie actualy pic sebelum...me wit naked face...
Mayfair Alor Setar nie kat Jln Pegawai....
hurmm....then yang paling penting daily routine pun penting....dun forget k...cleansing milk is really2 works to remove dirts before kita basuh ngan cleansing foam or wat....then nite cream pown sama kadang2 kita terlupa nak bubuh sebelum tido...it helps to prevent kuarnya signage2 ketuaan...okeyh!

yey! sharing is sexy.............

Friday, July 8, 2011

WANNA LET GO....




so this is my authentic and preloved DKNY bag...nak let go at only RM160  jew...inclusive postage! minat tak? meh2...msg or kol je at 019-2728279....

Hadoiii....Wisdom Teeth Attack!

huuhuhuu....sakitnye!! memang betul kata orang if kita sakit gigi, satu apa pown tak boleh! its true... ekceli dah 2 3 hari dok sakit gigi geraham bongsu nie....orang kata if gigi geraham bongsu tumbuh melambangkan kedewasaan....wakakaka! apakah??? aku pun tak sure tapi yang paling aku sure sangat biler sakit gigi geraham bongsu macam nie melambangkan nikmat makan kau hilang sebab  tak leh nak kunyah or even nak nganga mulut leluas sangat!


Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. tapi aku dah over dari nie.... Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth). anyway meh sini aku wat simpulan tentang gigi yang paling last neh...nanti jadi kat korang bolehlah dijadikan teladan...pergh!

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak akan mewarisinya malahan ianya bukanlah satu penyakit turun temurun . Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia. heeee heee eheeee....

So....Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Apakah komplikasi gigi bongsu ?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut
Haaa....Time bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
  • (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
  • – gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
  • (b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang : - gigi perlu dicabut melalui pembedahan. X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.



Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!

Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.


nengoklah penangan sakit gigi geraham bongsu...udah senget jadi muka.....huhuuh!


snap pic masa sakit adalah salah satu terapi~~~ hahaha! aku yang kata.....

huhu! apa hal lah senyum senget2~


owhh!! ketara kau muka bengkak...




hurmm...thinking to go for minor opration...maknanya kasik chabut...so nanti kedepan2xde ler aku nak sakit gigi nie laie...harapnye gitu...so xpe aku akan cari gaks masa...sebab tak tahan sangat dah ngan penangan gigi bongsu.....