l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!
Showing posts with label sharing itu sexy. Show all posts
Showing posts with label sharing itu sexy. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Outfit = Classy + Modesty + Elegant

Zahra-Zenia Sisterhood Scarf...

Slim Fit Dress..Really Really for Chic yet Modesty Muslimah

Assym Ruffles Cardi n our Lines Shirt!

Refined Long Cardi by ZZ
Loose Blouse + A Line Satin Skirt = perfect office attire!


Signature Satin High Waisted Skirt....

Complete your style with ZZ Sheer Chiffon High waisted Skirt + Assym Ruffles Cardi

Don't Look Back Dress inspired by ASOS! really gojes babes!

NETTY CLASSY SKIRT....tak jumpa tempat lain kowt nie! Exclusive...

our Signature Skirt~ Laced with flower skin lining with satin!


Exquisite Lace Dress...make ur casual style looks classic !

ha ha ha...speechless tak tau nak komen apa...sb mcm aku bgtau nie lah hasil photoshoot we ol...huhu! aku tau aku tau..hampa semua sure gelak sakan kan...walau pun aku 1st time eva berposing2 depan pro photographer tapi its such a great experience! Ustaz Don tak suka nie lagu nie no...tak pa la cek suka! walaupun mcm tuh we ols kat Zahra-Zenia still maintain kan the modesty look...sebab kita orang pown bertudung!

Suka sgt if uols berminat...sebab our aim is to share the style...the look..especially to maintain the executive look walaupun berwarna warni...

Oklah...jgn lupa find us at FB: Zahra-Zenia Sistehood Scarf k....

p/s: alahai kekok pe hal lah kau faten!

Saturday, January 21, 2012

beauty = skin food is a must!

salam..happy weekending everyone!

hurmm lately ramai yang tanya aku camana aku transform my skin...ye lah sapa yang satu sekolah ngan aku kat sains machang tau how bad my skin at that time..actually i don have any petua...chewwahhhh! ha ha ha...macam aku cakap...aku bukanlah seseorang yang memiliki kulit yang mulus n tulus...dulu malas giler kowt plus tak berapa nak reti jaga....so my skin getting worst n worst n worst....mmg very bad! start keja baru lah aku mula berkecimpung ngan arena penjagaan kulit! ingat lagi kat maybank dulo2...aku pakai SKII...tapi mmg tak rasi ngn aku kowt! mebi ngan orang lain serasi...

yelah...apa2 pown ekspedisi mencari diteruskan....last skali aku mmg pakai this kose brand! tak nak celoteh bebanyak.....this post actually aku nak bagitau yang skang aku consume DERMAREEN + TAB EX (yang nie baru sebulan)...tapi DERMAREEN aku dah consume almost a year n half! i think its a good combination...i shud say dat...sebab masing2 de peranan masing2 dalam membaik pulih our skin....

this is DERMAREEN....pi ler carik...sedap pown sedap!
while the other TAB EX...also for u to consume...cemana rupanya...haaahhhh moh kita nengok...

thanx to google dearie.....
so.....this is what i consume daily.....mmg lah cam banyaknya benda...tapi tak per dear....untuk orang yang macam aku nie...sibuk ke sana ke sini...opis...outstation..cuaca....stree keja....macam2 lah..so senang jew kulit nak bermasaklah!!! so tak mo tak mo dah.....aku kena do sumting......dats why aku carik gaks skin food cenggini! so apa2...korang nak order ke apa leh jew no hal babes!

so dah2 pi wat keja jangan dok layan apa aku merapu meraban neh...sebab anak aku tidoq sebab tuh aku sempat dok pot pet pot pet...if tak jangan harap okeyhhh!

oklahhhh......take care!

Thursday, December 8, 2011

Bila Dunia Sentiasa Salah.

Betol....Orang tua kata hidup ini ibarat roda tapi orang muda tak kata apa2! kadang-kadang kita dok atas kadang-kadang kita jatuh ke bawah (jatuh sure ke bawah,ye tak?)...tapi itu adalah faktanya. cumanya bila kita tang atas kita lupa orang kat bawah. bila kita jauhhhhhh dibawah, kita mula merungut, merintih salahkan takdir.

begitulah manusia. mudah lupa! dalam Al-Quran sendiri menyebut 'insan' di mana berasal dari perkataan 'Nasiya' yang bermaksud lupa (ni aku google kay, betapa gigihnya aku mencari makna)... manakala insan pula bermaksud 'yang lupa'..... ini menjelaskan kenapa kita lupa.

Senang ja...pernah x hangpa memaki hamun pemandu lain apabila melakukan kesalahan trafik? kita kadand-kadang hangin ja bila pemandu di depan kita drive MasyaAllah pelahan yang amat! padahal kita yang nak cepat. pastu start la tekan hon xbrenti macam apa lagi...bila driver depan kita masih tak bergerak sedangkan lampu isyarat dah tukaq hijau. aku agak silap ari bulan hangpa yang tukaq jadi hijau gaya incredible hulk!

da pula time bila beratuq nak amik lauk makan tengahari. dalam hati kita menyumpah seranah orang  depan kita yang lambat memilih lauk. terhegeh-hegeh memilih, padahal perut kita  yang dok lapaq tak hingat....yelah tak sarapan pada pagi tadi.

pastuh time lain yang aku prasan...time yang buat kita mula hangin-hangin...bila kita dok beratuq ingin deposit wang tunai ke dalam akaun bank. berbulu mata kita tengok mamat depan  masukkan duit tapi duit tuw tidak diterima mesin berkali-kali. tambahan pada masa itu kita sedang mengejar masa.

tetapi, pernahkan kita memikirkan apa perasaan kita jika kita berada dalam situasi yang sebaliknya. apa perasaan kita bila kita terleka tak sedar lampu isyarat bertukar hijau dan pemandu di belakang kita menekan hon? alah tok sah habaq la....kat highway pon bila da keta hi-bim suh hangpa ke tepi ke tepi...pun leh wat kita berangin.....tak puas hati punya pasal...skalik kau naik kelisa cuba mengejar lexus! apa perasaan kita jika kita sedang berfikir lauk apa pula yang akan menjadi santapan tengahari ini, tiba-tiba orang belakang membuat muka bosan bila anda melihatnya? apa perasaan anda apabila selepas bertungkus lumus memasukkan duit yang tidak diterima oleh mesin cash deposit bila berlalu meninggalkan mesin orang belakang membuat muka tak puas hati? sakit hati?

tanpa kita sedar kita memliki penyakit hati yang di namakan 'Double Standard'. kenapa apa yang kita buat semuanya betul. tapi bila orang lain buat, semuanya salah.

mungkin perkara ini nampak kecik. memang nampak kecik bila skopnya kecil, hanya melibatkan individu. tetapi jika melibatkan jumlah orang yang besar ini menjadi satu penyakit yang tidak ada ubatnya lagi.

puncanya adalah bila kita tidak melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut. hanya melihat dari sudut orang yang berada di atas. tapi jangan lupa, hidup tak selalunya indah. ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari (pergh!)..... again, hidup ni macam roda, tak selamanya kita berada diatas. ada masa kita berada dibawah.

cuba meletakkan diri kita pada tempat orang lain. insyaAllah hidup ini akan lebih indah.

Monday, November 21, 2011

murah! murah! auction....

salam....
so malam nie.. sempena kejayaan mesia....
aku nak let go few things...(ha ha ha! apa kaitan aku tak tau,lantak!)
tak de sebenarnya dah lama aku nak upload....
tapi itulah sibuk sangat barangkali.....yea! barangkali....
aku pown tak tahu lately nie masa aku tak der TERRRR senggang!
semuanya di penuhi oleh aktiviti-aktiviti....
weekend sibuk ngan kehidupan peribadi!
time keja tak yah kata lah kan....
ade jer keja yang tak kesudahan!
dah jangan nak menceceh...
berbalik pada mukaddimah tadi...
aku nak meniaga!
if korang minat....
just gitau jew.....
if tak minat tak per....
aku leh simpan untuk anak pompuan aku yang berusia 11 bulan tuh....
mana tau nanti biler dia besaq...
fesyen-fesyen nie wujud balik...she will thank me 4 not let them go (i guess)!


1st.....jeng! jeng! tu diaaa.....




description: ini adalah seluaq levi's army look yang bersaiz 27..
nak juai dah tak pakai dah kot...(tak mau dia dok terperap dalam closet)
so ade poket tepi2....cool huh?!
murah jew..RM50

then yang ke 2 nye.....
olololololo.........
my kemeja HnM




blakang de button to adjust....


description: haaa......i luv this! tapi seriusly dah TAK MUAT okeyh! tense..
(tangan atas dahi)
tak tau lah rasa bukan badanku mengembang, cuma baju nie size kecik...XS!
wakakaka! tak mau ngaku gaks kegemukan melanda!
so murah je...RM40

okay.....
half jacket nie merupakan item no 3 aku TERRRRR paksa let go..
sebab....sebab ianya kecik dari badan aku!
(boleh lagu tuh?)
tak mau jugak mengaku yang aku gemuk sudaaa.....
sebab jacket nie size S kau...surely tak nak ngam ngan size aku skang...M
sangkut tang lengan kowt!
tak per minat amik lah RM50 jew....





lastly.....my everdearest 3 quater dress from Dolce & Gabbana!
tobat yang nie lama giler masa aku keja kat maybank...
2003 kowt!
sah la tak muat....
jamang berjamang! masa tuh anak dara..
skang mak DARA...anak 2! hua hua hua......
amiklah if korang minat juz RM50..



so 2 pictas kat bawahnie aku nak tunjuk jahitan ala2 bengkung kat area tummy..
so nak nampak langsing mcm aku eceh! bolehlah membelinya..sure tak menyesal...
worth buying okayh!





hurm...if betoi suka no hal dearies! juz hello itu pown if korang nak dengar suara lunak bak buluh perindu aku nie....(if tak nak sudah!) kita guna mechanism lain....juz text me kay! okay....my num 019-2728279....
meh-meh jangan malu jangan segan! if hangpa malu dan segan,pi dok bagan!

okaylah....tak nak merapu meraban lagi......selamat lah semuanya!

pesanan peribadi: esok tak cuti ke? mana tau bola menang walaupun kemenangan nipis2 n nyaris2, belajaq bersyukur!

Tuesday, September 27, 2011

Hati Seorang Wanita


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Thursday, September 22, 2011

To Look Stunning? To Look Slimmer? Let's Check It Out Darl!

Salam peeps...
lama tak on air..wahhhh kellassss kau noks! on air bagai...joking!
he he he...actually hari nie baru ada time nak bukak my beloved blog...
after one week sebok dok jaga my babies...huhu! demam....
kena tahan kowt kat PMC seminggu!
akulah supermak!!
(to mana-mana pompuan yang ade hati nak share2 kasih sayang anak aku...
suka nak diingatkan...anak aku tak perlukan kasih sayang extra hangpa sbg ummi or ibu or mummy k!
sb apa yang aku bagi kat anak2 aku mmg tak termampu utk hangpa lakukan! perghhhh! cayalah.....)
kita lupakan sebentar hal ini...

well....
hari nie 1st time masuk keja kan...so rasa nak dress up skit...
bkn apa...nak bangkitkan semangat tuh yang penting!
anyway believe or not...
pakaian nie mempengaruhi keyakinan apa...
cuba hangpa imagine hangpa jumpa owang dengan tak kemas...tak cun tak menarik....
owang tengok tak tengok jew..kita nak bercakap pown jadi vokal ke laut...
sebab tak confident!
so jangan salahkan aku jika aku dah bg chance hangpa bergaya tapi hangpa tak mau!...
cerita skirt nie aku dah reka cipta dari awai tahun dan dah start memakainya ke sana sini..
so biler aku pakai jew skirt nie sure de yang tanya...beli mana?
aku jawab..aku tempah...
orang cakap....cantik nya sapa reka??
aku cakap aku reka mak nya tailor kesayangan aku yang jahit...
since ramai dah komen semua positif2...so im thinking of to commercial it...

jadi...
buat julung-julung kali...
sapa nak nampak slim yet look stunning and elegant in this skirt?
jum visit fb zahra-zenia scarf sisterhood...
you can have this gojesssss maxi skirt!
mmg sesuai untuk anda2 yang nak nampak kuwus!
high waisted skirt okay...
i can bet uols...
TAK ADA DI PASARAN LAIE....(he he he! iyolah sangat!)
actually skirt nie aku jual...hangpa berminat?
meh2 kontek aku for info.....

tak mau bazir masa...moh kita nengok macam mana rupanya!....



high waisted satin...
sila abaikan model tanpa kepala...
otw kuaq nak pi umah terbuka!

so skirt nie hangpa leh pakai blouse tuck in or juz let it free outside! hurmmm cuba imagine....
korang-korang memakainya....
berjalan sambil skirt hangpa ditiup angin sepoi-sepoi bahasa jiwa bangsa...
nampak flowy2 gituw...adusss....sapa memandang...sure hati berkenan! wallllahhhhhh!!
yummy!!!! kan?

tapi andai kata hangpa tak mau skirt ala-ala bengkung moden nie tak per ade lagi banyak pilihan.....
contoh our next signature product....
oso maxi skirt...
tadaaaa......................



this one also available...tak pernah ade di pasaran pattern cenggineh!

so....menarik tak? menarik kan?
wakakakkaaa......
jangan tunggu lama2.....silalah ke fb sapa????
haaaa.....pandai....FB ZAHRA-ZENIA SCARF SISTERHOOD....

teetttttttttttt!

Saturday, September 10, 2011

ESPECIALLY FOR WOMEN..






Muslim : Woman in religious traditional blue cape looking forward. Natural blue colors o eyes Stock Photo
behind the veil.....

A WOMAN SHOULD HAVE ...
 enough money within her control to move out
and rent a place of her own, even if she never wants to or needs to...

A WOMAN SHOULD HAVE ..
 something perfect to wear if the employer, or date of her dreams wants to see her in an hour...

 A WOMAN SHOULD HAVE .
 a youth she's content to leave behind....

 A WOMAN SHOULD HAVE ..
 a past juicy enough that she's looking forward to
retelling it in her old age....

 A WOMAN SHOULD HAVE .....
 a set of screwdrivers, a cordless drill, and a black lace bra...

 A WOMAN SHOULD HAVE
 one friend who always makes her laugh... and one who lets her cry...

 A WOMAN SHOULD HAVE ...
 a good piece of furniture not previously owned by anyone else in her family...

 A WOMAN SHOULD HAVE ..
 eight matching plates, wine glasses with stems, and a recipe for a meal, that will make her guests feel honored...

 A WOMAN SHOULD HAVE ..
 a feeling of control over her destiny.

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 how to fall in love without losing herself.

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 how to quit a job, break up with a lover, and confront a friend without; ruining the friendship...

EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 when to try harder... and WHEN TO WALK AWAY...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 that she can't change the length of her calves,
the width of her hips, or the nature of her parents..

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 that her childhood may not have been perfect...but its over...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 what she would and wouldn't do for love or more...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 how to live alone... even if she doesn't like it...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW..
 whom she can trust,
whom she can't,
and why she shouldn't take it personally...

 EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
 where to go...
be it to her best friend's kitchen table...
or a charming inn in the woods...
when her soul needs soothing...

EVERY WOMAN SHOULD KNOW...
what she can and can't accomplish in a day...
a month...and a year...

p/s : Sent tru e-Mel by someone (i don't remember who) long time ago....

seminar here and there!

RED + BLACK is perfect combination!
scarf: satin shawl
cardigan: poplook
long dress: poplook
belt : no brand....beli kat kedai cokia ajew (tak ingat nama pe kedai tuh)

salam...lama tak post apa apa kan...
hurmm....sebenarnya nak sangat hapdet blog cuma kekangan masa...(perghh! tatabahasa = kekangan)
so anyway...siyesly im too busy!

tak per, post hari nie aku upload gambo masa aku bagi talk for Maybank Auto Finance Alor Setar on 8 September hari tuh!
aduhai...orang masih dalam mood raya kowt....
tapi memandangkan kerja haruslah kan....jalankan tanggungjawab!

mesti de yang tertanya...apakah yang aku bebelkan masa talk hari tu kan?
ermmm....aku cakap...pasai investment thru epf...
if hangpa ada epf, why not diversify it...
boleh ler invest kat unit amanah kat pnb nie hah....
menarik tertarik kew?

tapi nie juz ann option...aku tak kata wajib...
sapa yang pikiaq instead of u enjoy dividend epf semata...y not get extra dividend from pnb?
nampak? nampak? walaupun tak semua kita leh invest tapi at least about 20 -30 percent kita nye epf bertambah....

some more duet akaun 1 epf tuh hangpa bukan leh wat kuaq pown until age 55 kan?

hurm...further clarification nanti eak aku sambung........


Tuesday, September 6, 2011

So Inspired. Lets teach our beloved kids to Solat

Salam pretty....
Bila mood berblogging datang memuncak-muncak tak dapat ditahan-tahan lagi...mulalah aku menggoogle something to share with uols and the most important thing to remind myself...so dalam ber blog-blog walking ke forum-forum....ke ste-site berbentuk keagamaan...i found this real story of Wardina sharing how she teaches her dotter Amna to perform Solat full 5 waktu.....hohoho! kau ado??? so inspired....

kiranya touching betoi lah biler baca pe yang dia luahkan....dia boleh buat...so aku? huhu.... apalah sangat kalu duit berjuta pown ye tak? harta melimpah ruah....bukan boleh bawak ke kubur! bukan leh tanam sekali ngan kita...so apalah yang tinggal...nie ler dia DOA ANAK-ANAK YANG SOLEH!....


Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk

 BERBALOI PENAT LELAH KU…
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat..
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?
aduhai....realy2 hope i can do like wat wardina.... walaupun memerlukan pengorbanan tapi hasilnya berbaloi-baloi!



Saturday, August 27, 2011

Hati Ragu. Istikharahlah!


Salam...
Entah mengapa kadang-kadang hati bagai terbahagi dua...walau tak nampak belahan secara zahirnya tapi Allah Maha Mengetahui..Itulah maknanya hati ini bukan milik aku tapi milik Sang Pencipta..
Lalu, bila hati mula tak ketahuan punca membuat keputusan maka beristikharah lah....
Perihal solat istikharah ialah apabila seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukannya wajib.
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
actually istikharah sinonim sangat biler kita nak buat pemilihan jodoh tak kira lah laki atau pompuan..if kita tanya para ustaz or ustazah macamana nak pilih pasangan hidup ((especially yang ramai pilihan lahhhh)) sure derang akan kata buat istikharah...
Weelll, sebenarnya istikharah bukanlah semata-mata untuk pencarian jodoh tapi skopnya lebih luas....sebenarnya penting sangat beristikharah dalam kehidupan harian....biler beristikharah kita sebenarnya tanya pada Dia apa yang terbaik kita perukan dalam hidup yang sememangnya kompleks sangat niee....even uols nak beli rumah, tak tau nak beli banglo  2 3 or 4 level...boleh buat istikharah....hurm! or uols nak beli kereta baru tambah skang nak raya makanya tak tahu mana nak pilih lancer or civic, why not buat istikharah!...or even nak melabur pun boleh buat istikharah! thats the beauty of Islam....setiap masalah ada jalan penyelesaian kan?
dilemma.jpg
totally in dilemma!
p/s: biler hati dalam dilema, hanya Allah tahu jawapannya! jadi tanyalah Dia apa penyelesaian setiap kebuntuan....

Sunday, August 21, 2011

Aduhai Hati....Mengapa Harus Kau Bersedih..


Dengan nama Allah Tuhan yang memiliki setiap jiwa-jiwa dan alam ini...
sejak akhir-akhir nie aku kerap bertafakur alam...pemerhatian selepas pemerhatian...semuanya melalui alam...aku sedar tis life is juz a transitory....setiap kita-kita dalam alam nie memang hidup dalam satu simbiosis kehidupan dan saling berkait...sambil driving tadi aku melayan perasaan...tengok kiri tengok kanan...MasyaAllah!betapa Allah itu Maha Besar....Allah lengkapkan alam nie dengan sempurna...cukup segalanya...... tapi tu ler kita nie manusia yang rapuh jiwa kan? kadang2 kita terlupa...
macam aku sendiri ..ada ketikanya....aku tak nafikan seringkali hati kecilku mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala perasaan tu datang sebab aku terasa keseorangan......hati bersedih...so mengelakkan hati terus bersedih aku terus paasang CD La Tahzan yang aku beli dari adik-adik yang minta sedikit pertolongan  yang selalu setia menunggu depan Maybank atau mana-mana premis...
Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.
Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 
Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.
Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.
Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?
Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.
Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.
Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.
p/s: sesungguh nya janganlah mengharap pada manusia....

suka picta nie...tq mr.google!