l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!
Showing posts with label jum sembang~sembang. Show all posts
Showing posts with label jum sembang~sembang. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

USTAZ DON DANIAL, i loikke!

salam..
yuhuuuu....aku tak leh tido...sebab tadi baru jer balik photoshoot for our zahra-zenia scarf sisterhood new collections! phewwww! cam supermodel jew bunyik! tapi tunggu je aku upload pictas nanti sure nak tergelak tahap gaban! mana tak nye..kekok kot kau..tak pernah2 seumur idup aku berposing! stakat ngn kawan2 tuw  lantak ler kan...nie depan pro cameraman kowt! muahahaha wkwkwkwkw! aku sendiri pown nak pecah perot rasa! tak pew2...memandangkan model2 berkaki lebar semua balik cuti raya cina so aku menerjun diri ke dalam bidang peragaan for tonite! alah malas n MALU nak justify lebey lanjut! tunggu je esok...cemana rupa picta aku yea! meh kita citer sal lain laks...sebab motip utama aku nie haaahhh....pasal sorang ustaz nie....

seriusly aku mmg adore ngan dia...cara dia...penyampaian dia yang ringkas and mudah paham kowt! moh aku tunjuk gambaq la dulu kat hangpa semua baru aku crita apa yang wat aku suka nengok dia neyh! cumanya sekali aku tengok ustaz nie cam student nakal yang insaf kan muka dia (mintak ampun ustaz!)...tapi aku suka tang mata tuw tajam kot biler renung!

steady kan?

so nie la ustaz muda tuw..namanya Ustaz Don Danial Don Biyajid...age baru 27..lulusan Mesir if im not mistaken! he brings the phenomena to the industry biler rating for 30mins bersama Ustaz tuh berjaya menarik minat golongan muda utk dengar n terpacak depan tv tengok ceramah yang sempoi n tak ketat, terfikir gaks aku dia neyh ceramah tak der skrip kowt main cakap jew as long as maksud sampai! biasanya forum2 berbentuk keagamaan nie...huhu! nak habaq segan...punyalah payah n berat jew nak tengok, tak gitu?

so rancangan tuh start isnin sampai ke hari rabu, jam 10.30mlm! so tak yah dok tek tek remote cenel lain dah...time tuh korang leh terus bukak TV Al-Hijrah okkay? rancangan 30minit ngan ustaz tak leh kew panjangkan skit ke 45minit? tak pueh nengok kowt.....30minit!

p/s : ustaz nie kalu nak kat aku, yes stuju je aku! <<=== eh eh eh apa kessss? *wink! tp dia dah bertunang der....mcm tu ler public figure...sure ramai peminat kan! anyway wish him the best for his undertakings!

Saturday, December 31, 2011

15 things you probably never knew or thought about...


1. At least five people in this world love you so much they would die for you.


2. At least fifteen people in this world love you in some way.


3. The only reason anyones would ever hate you is because they want to be just like you.


4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.


5. Every night, someone thinks about you before they go to sleep.


6. You mean the world to someone.


7. If not for you, someone may not be living.


8. You are special and unique.


9. Someone that you don't even know exists loves you.


10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.


11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.


12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.


13. Always remember the compliments you recieved. Forget the rude remarks.


14. Always tell soemone how you feel about them; you will feel much better when they know.


15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.

Thursday, December 8, 2011

Bila Dunia Sentiasa Salah.

Betol....Orang tua kata hidup ini ibarat roda tapi orang muda tak kata apa2! kadang-kadang kita dok atas kadang-kadang kita jatuh ke bawah (jatuh sure ke bawah,ye tak?)...tapi itu adalah faktanya. cumanya bila kita tang atas kita lupa orang kat bawah. bila kita jauhhhhhh dibawah, kita mula merungut, merintih salahkan takdir.

begitulah manusia. mudah lupa! dalam Al-Quran sendiri menyebut 'insan' di mana berasal dari perkataan 'Nasiya' yang bermaksud lupa (ni aku google kay, betapa gigihnya aku mencari makna)... manakala insan pula bermaksud 'yang lupa'..... ini menjelaskan kenapa kita lupa.

Senang ja...pernah x hangpa memaki hamun pemandu lain apabila melakukan kesalahan trafik? kita kadand-kadang hangin ja bila pemandu di depan kita drive MasyaAllah pelahan yang amat! padahal kita yang nak cepat. pastu start la tekan hon xbrenti macam apa lagi...bila driver depan kita masih tak bergerak sedangkan lampu isyarat dah tukaq hijau. aku agak silap ari bulan hangpa yang tukaq jadi hijau gaya incredible hulk!

da pula time bila beratuq nak amik lauk makan tengahari. dalam hati kita menyumpah seranah orang  depan kita yang lambat memilih lauk. terhegeh-hegeh memilih, padahal perut kita  yang dok lapaq tak hingat....yelah tak sarapan pada pagi tadi.

pastuh time lain yang aku prasan...time yang buat kita mula hangin-hangin...bila kita dok beratuq ingin deposit wang tunai ke dalam akaun bank. berbulu mata kita tengok mamat depan  masukkan duit tapi duit tuw tidak diterima mesin berkali-kali. tambahan pada masa itu kita sedang mengejar masa.

tetapi, pernahkan kita memikirkan apa perasaan kita jika kita berada dalam situasi yang sebaliknya. apa perasaan kita bila kita terleka tak sedar lampu isyarat bertukar hijau dan pemandu di belakang kita menekan hon? alah tok sah habaq la....kat highway pon bila da keta hi-bim suh hangpa ke tepi ke tepi...pun leh wat kita berangin.....tak puas hati punya pasal...skalik kau naik kelisa cuba mengejar lexus! apa perasaan kita jika kita sedang berfikir lauk apa pula yang akan menjadi santapan tengahari ini, tiba-tiba orang belakang membuat muka bosan bila anda melihatnya? apa perasaan anda apabila selepas bertungkus lumus memasukkan duit yang tidak diterima oleh mesin cash deposit bila berlalu meninggalkan mesin orang belakang membuat muka tak puas hati? sakit hati?

tanpa kita sedar kita memliki penyakit hati yang di namakan 'Double Standard'. kenapa apa yang kita buat semuanya betul. tapi bila orang lain buat, semuanya salah.

mungkin perkara ini nampak kecik. memang nampak kecik bila skopnya kecil, hanya melibatkan individu. tetapi jika melibatkan jumlah orang yang besar ini menjadi satu penyakit yang tidak ada ubatnya lagi.

puncanya adalah bila kita tidak melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut. hanya melihat dari sudut orang yang berada di atas. tapi jangan lupa, hidup tak selalunya indah. ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari (pergh!)..... again, hidup ni macam roda, tak selamanya kita berada diatas. ada masa kita berada dibawah.

cuba meletakkan diri kita pada tempat orang lain. insyaAllah hidup ini akan lebih indah.

Monday, November 21, 2011

Thanx Pasukan Ghimau Muda!



aduss! aku tak tau lah...memang penyakit barangkali...
asal tengok bola ja sure macam nak kena heart attack!
ha ha ha! barangkali darah atlet yang mengalir....pergh!
biler tengok ja aksi-aksi nak menyumbat gol..
sure aku yang terover-over..siap terangkat-angkat kaki!
leh imagine ke? better don't!
kalau KF tengok pown dah sure2 dia bantai gelak....
kalah dia yang nak menghadang gol tuh!

memang aku suka tengok depa tuh main malam nie..
nampak semangat tuh....
kejaq bola pi mai pi mai!
usaha tuh yang kita mau....
biaq pi lah mmg penat tak sangga dah depa tuh....
owhhh! si kapten mesia tuh so cool babe!
i like....
owh malaysia tercinta!

pesanan peribadi:
lama giler kowt aku tak hapdet blog..
kira malam nie semangat nak mengemaskini blog aku mencanak-canak...
like i said....semangat HARIMAU MUDA tuh.....
tp if depa kalah?? tah tak sure lah samada aku serajin neh or tak...
wakakakakaka!

anyway...anyhow...
im happy!




Wednesday, November 2, 2011

Apa masalah dia? aku tak masuk campur!


Hairan.
Susah wanita tak paham bahasa.
Konon nak berpunya.
Dianggap orang lain penghalangnya.
Gilakah?
Sebelum menunding jari.
Cuba tanya ibu mu sendiri.
Tanya sampai ke akar umbi.
Betulkah restu dari hati?
Atau sekadar mengambil hati takut anak panick attack lagi?

Susah.
Diri sendiri tak memahami.
Suka hati nak mengata orang itu ini.
Pasal FB pon kau berapi kalah krakatoa meledak api.
Ini kan nak terima kenyataan hidup ini.
Jangan mengata orang tersorong-sorong.
Mungkin diri sendiri sebenarnya perigi.
Timba kan pantang perigi datang mencari.

Mengutuk orang sedap.
Bercerita hal orang sedap.
Macam kau kenal sangat pompuan tu.
Kau nak kawen, kau kutuk orang len.
Konon nak molek belah kau belaka.
Biler orang cerita hal betul kau nak marah.
At least pompuan tu bukan jenis penipu ibu sendiri.
Nahh!! atas muka kau sendiri.
Anggap je takdir.
Kalau tak mana nak ibu mu mencari wanita itu?
Kalau bukan dilorong Ilahi?
Logik kan.
Sebab Allah Maha Mengetahui.

Tak de pekdah nak dengki.
Selagi hati wanita kau tak seteguh hati wanita itu,
Dah blah.....

Kalau jodoh kamu, sure dipermudahNya.
wanita itu mendoakan nya k!

p/s: berteman-sendirian-berteman-sendirin = Cik Puan 

Friday, October 21, 2011

random thot!

salam peeps...
its been a long time i neva fed my dear blog...hurm!
seriusly...im so bz...tahap gaban!

asal hari jumaat je aku fly to kl....then hari ahad turn back to Alor Setar..
isnin keja! dats my routine for last 3 weeks...
bukan aku suka2 hati nak pi kl nun....aku de kelas shariah RFP!
kelas okay...klasssss! back to study again!
actually...this kelas is for my career enhancement...
for being qualified financial planner! (qualified lahhhhh sangat)...

hurm...so the klas is okay....
talking bout shariah...arghhh! juz keep remind me how life is so short....
its not about todays life...but life after the next...
whats ur preparation? n what are my preparations?

yeahhh! i know....kita nie tak tahu biler dipanggil Sang Pencipta....
so sementara ada masa nie lah aku nak cuba perbaiki apa yang tersilap....
kita bukannya maksum...
aku pun tak berani nak menghukum sesiapa sedangkan aku pun menanti hukuman di sana....

i need nothing in this life...except cant stop wishing to have a happy family...
its so relieve to have somebody beside me and shares all the happiness...
while sweep away the sadness.....
its not the matter of turning back to him or what because me n him neva been apart...


kadang-kadang manusia nie dia tak tau wats really happen...
tapi still suka bercakap!
kalau setakat baca blog aku nie korang dah rasa leh kenal aku sapa...
kau salah n silap!
cuma yang aku heran...
i have no interest to know other people's life...
tapi rajin pulak makhluk Allah ni nak membaca blog aku nie...
pastu mula nak terasa-rasa.....
hah! budak hingusan memang macam tuh....lembik!
kalau rasa tak cukup kental and kuat macam hati aku...
stop reading!

my blog...my territory!...
dare enuff to read....? ur most welcome...if not just get lost!






Saturday, September 10, 2011

seminar here and there!

RED + BLACK is perfect combination!
scarf: satin shawl
cardigan: poplook
long dress: poplook
belt : no brand....beli kat kedai cokia ajew (tak ingat nama pe kedai tuh)

salam...lama tak post apa apa kan...
hurmm....sebenarnya nak sangat hapdet blog cuma kekangan masa...(perghh! tatabahasa = kekangan)
so anyway...siyesly im too busy!

tak per, post hari nie aku upload gambo masa aku bagi talk for Maybank Auto Finance Alor Setar on 8 September hari tuh!
aduhai...orang masih dalam mood raya kowt....
tapi memandangkan kerja haruslah kan....jalankan tanggungjawab!

mesti de yang tertanya...apakah yang aku bebelkan masa talk hari tu kan?
ermmm....aku cakap...pasai investment thru epf...
if hangpa ada epf, why not diversify it...
boleh ler invest kat unit amanah kat pnb nie hah....
menarik tertarik kew?

tapi nie juz ann option...aku tak kata wajib...
sapa yang pikiaq instead of u enjoy dividend epf semata...y not get extra dividend from pnb?
nampak? nampak? walaupun tak semua kita leh invest tapi at least about 20 -30 percent kita nye epf bertambah....

some more duet akaun 1 epf tuh hangpa bukan leh wat kuaq pown until age 55 kan?

hurm...further clarification nanti eak aku sambung........


Monday, August 29, 2011

entry tak tau apa tajuk nak letak!

selamat menyambut syawal..
semua kalut nak sambut raya...
meriam buluh dok hingaq sana sini!
yang henpon aku dok menjerit-jerit...
mesej masuk tak henti-henti..sat-sat tett! sat-sat tett!
owh msg nak ucap selamat hari raya...
yang kenai hantaq tak pe surely kawan dan saudara..
tapi yang tak kenai hantaq...aku consider depa nak berkawan dan bersaudara.....baguslah!
meramaikan kenalan....nanti boleh anak-anak i pi raya umah ampa..
banyak lagi collection dwet raya..
nanti mama leh simpan dalam ASB....
tapi kenapa raya ni tak semeriah dulu ya?
owh maybe dah tua sebenarnya..
anak-anak kecik persis anak ku sure rasa bestnya raya..
time keluar beli baju raya...kasut raya...songkok raya.....mainan raya...
owh! apa kes siap mainan raya?
hurmm....pujukan material untuk mengelak anak bebai loktang kat soping mall...
tak per biar derang merasai hari untuk beraya..
tapi owang besar n tua (tak lah tua sangat..hahaha) macam mama nie...
cukuplah merasai betapa bermakna sebab dapat lagi beraya dengan anak-anak mama..
tahun depan belum tentu...

tahun lepas dapat beraya dan bersalam dengan mentua, tahun nie...?
hurmmm...cuma mampu kirim salam aje!
namun hati mentua masih perlu dijaga sebab derang macam mak aku sendiri...
tak der hubungan dengan anak tak semestinya putus silaturahim..
buat mamak di tawau...
mamak, saya tahu saya menantu mithali lauk beli...
terima kasih pinjamkan anak mamak...
walaupun setahun je tp at least saya ade chance beraya sbg wife orang...
setelah 4 tahun saya sowang!
anyway, saya akan ingat kenangan beraya di sana tawau sampai biler-biler...
sebab mamak dan keluarga menyambut mesra saya dan anak...
terima kasih ya....
andai anak mamak nak kawen lain saya redha!
tapi saya yakin dia akan jadi ayah yang tak melupakan anaknya...
sebab anak mamak sebenarnya baik... itu saya akui..
biasalah tak semua manusia sempurna..
saya pun ade sakitkan hati dan perasaan dia...

itu mentua baru...
i masih tak lupa mentua sebelum mamak...

mak jerlun...
saya tahu mak...walaupun saya masih berkonsepkan menantu mithali menantu lauk beli...
saya tahu dari air muka mak...mak pun remuk hati...
tak dapat beraya dengan cucu...
tapi tu lah kan mak jodoh saya ngan dengan anak bongsu mak tak panjang...
so macam biasalah tiap kali raya ikut giliran raya ngan anak...
tahun 2011, turn anak mak...
apa pun mak...saya tetap anggap mak macam mak saya....
samalah andai anak mak nak kawen lain..
saya doakan dia bahagia....
dia pun sama...
ayah yang tak pernah melupakan anak....

tak apa motif entry i pun tak tahu..
actually i dah cuba korek apa sebenarnya yang dok bergundah gulana dalam hati...
i pun tak tahu!
cuma yang i tahu,
tadi dengar takbir raya,
sedih giler kowt!
tahun lepas Allah pinjamkan nikmat...
tahun nie Allah tarik balik...
see??? betapa kita nie kerdil kan?
i menangis sorang-sorang...
cepat-cepat lap ayaq mata!
tak mau family perasan!
i teringat kat blog...
teruih jer menaip konon nak buang yang dok haunting dlm ati...
ati owh ati....apa kau rasa sebenar?
rasa nie i simpan dari time pergi beli baju raya lagi.....
anak-anak yang paling hapy!
touching giler kowt!
tapi siyes korang yang tak duk tempat i korang tak paham macamna rasa...
tengok orang lain pi ngan family...
ada mak ada ayah dan anak-anak...
complete! anyway....
carilah kebahagiaan dan ketenangan dengan anak-anak!
aduss! teringat baju raya i....
smalam try carik kedai nak alter...reject!
i kurus????
tapi ade yang kata i gemuk....
aduhaiii.....kawan!
cakap siang pandang-pandang bai...
kalu u compare i ngan kawan u satu opis..
dalam hati surely berbekas jugak....bler orang compare...
memanglah i kalah...
elloooo i IBU anak dua...
dia sah-sah gadis sunti..
i sah2 dah berumur 32 dia 27.....and
for sure,belum ade urat-urat mengembang!
belum ade urat-urat terputus...
owhhh! lupa for info...yang i yakin hanya yang bergelar ibu-ibu paham ertinya...
biler bersalin sekali kau meneran seribu urat2 halus terputus!!!
1000 okay....1000!
tak perlah u kawan yang cantik-cantik aje barangkali!
tapi at least i dah bergelut nyawa melahirkan 2 zuriat....
ONE PERSON'S UGLY IS ANOTHER PERSON'S BEAUTY!
Huh! lupakan...

my baby nangis...
nak nyusu....sua aje nenen terus tangkap!
dahaga!
giler punya liat cam lepat liat...atau lebih puitis...pemalas gile sepupu aku nak bangun subuh!
owhhh jummmm solat subuh.....
selamat menyambut syawal....

p/s> puasa kemain tapi solat ke laut...tak synchronize kan???

Sunday, August 28, 2011

jangan gelojoh bleh?

salam uols...
wahhh! hari nie semua nampak ceria...almaklumlah di pengakhiran hari puasa...
tapi actually hapy-hapy pun...
aku still rasa sedih dan pilu...*tak sudah-sudah dok sedey ajew..
bukan apa...bukan nye sebab jiwa lara or hati berduka..
tapi sedey sebab ramadhan dah nak habis...
yelah kau...setahun pulak baru nak jumpak ramadhan..
tu pun kalu diberi kesempatan dan masih dipinjamkan umur dari Maha Pencipta!
tak gitu....nokss?
secukupnya kah peluang ramadhan nie kita grab mengumpul bekalan?
tak per renung-renung dan selamat beramal...............*pergh!*
tak per tuw kita sembang kengdian....

owhhhh! anyway aku tau semua owang dah berebut-rebut nak balik raya..
yang keroje tak kira gomen or semi gomen or swasta or apa skali pun sure dah plan cuti....
ade plak yang siap bahagi-bahagi bahagian cuti masing-masing..

* eh! last year kau cuti sebelum so tahun nie turn aku plak apa....*
*alah....nak cuti time nie sebab nak balik kampung jauh...*
*okeyhhh...aku nak sambung ngan cuti wajib okeyh!*
~hahaha! ayat-ayat power boley dengar time nak planning cuti!

well....apa pun aku pun dah selamat cuti! yeahhh.....~hari jumaat 2hb september harapnya dapat cuti ya Bapak Najib! aminn.....

so uols tau lah biler kata nak raya tuh...tu dia! mak hang....
berduyun-duyun berpusu-pusu keta berebut ataih jalan raya...
tapi yang aku tak tahan...yang siap potong Q tuw yang wat aku bengang!
((sabar kan kita puasa! astaghfirullah)
aduhaii....dengan hujan nya...dengan eksiden sana sini...
de plaks yang tak reti tomatninah....hangpa tau dak tak leh potong belah kanan depa potong belah kiri...
betoi...aku siap amik gambaq nak bagitau betapa...
plissssz okay....biaq beratuq lahh...
nie hangpa dok lintaih barisan...satgi kat depan nun tu diaa...bersusun-susun dok nak selit masuk line!
if time sekolah tobaat pengawas tulis nama n cekgu tarik telinga!

ujan ja since last few days!

aku agaks driver tuh dah tak tahan nak buang ayaq kowt!

p/s: bagi chance pada kawan-kawan yang raya berbatu-batu jauhnya cuti raya...aku??? kat daerah sebelah aje....teringat laks raya kat tawau! okeyyy tadaaa.....

Sunday, August 14, 2011

kaki letih or letih kaki?

salam.....
awak~awak semua macamana?
bukak posa makan apa?
masak ke atau ehem~ehem main tunjuk aje kat param?
ishh! sebut pasal param..aduyai!
udah macam belarak beramai~ramai....
ramai berduyun~duyun...sesak kau!


tadi aku ade gaks pi param...
saja nak carik taufufa...
amboiiii....bersesssakkk~sesak...
yang heran dah banyak sangat lauk sampai tak tau nak beli apa...
last sekali taufufa tuh satu jer yang aku beli!
buka posa ngan apa?
hurmmm aku buka ngan taufufa + tempe aje..
giler nye diet!


dah~dah aku bukan nak citer bab makan...
tapi ni hah...aku nak citer pasal kaki..
har har har...apa pasal kaki pown nak jadik isu...
sabar....sabar!
aku nak gitau...
pada kawan~kawan yang membaca blog aku nie....adusss! cam ramai jer yang layan blog aku..
tuh perasan jer tuh macam ramai...
okay! korang yang suka ke pasar ramadhan...
since korang nak berduyun~duyun kesesakan....
kaki korang sure rasa penat kan.....
tapi janganlah risau if ade yang tak pi param pown stil layak guna!
bukan apa sebab aku nie tak der lah obses sangat...
owhhhh! aku sebenarnya memang suka bab~bab kecantikan n kesihatan!
so if nak menghilangkan rasa kaki yang kepenatan...
tak kira penat berjalan sebab korang pergi shoping2...kaki sang suami yang berdiri lama sebab tunggu korang shoping bagai lupa diri... or even ada yang berlari setempat sebab nak hilangkan ngantuk<--opsss ni aku lah!...
yang keja naik turun tangga pown still consider....
korang boleh gunakan.......jeng! jeng! jeng!


memang berbaloi~baloi....

Herba Rendaman Kaki TYT
Duduk atau berdiri terlalu lam, kurang bersenam dan berumur lanjut mengakibatkan masaalah metabolism rendah ditapak kaki. Merendam kaki dengan herba rendaman kaki TYT melincinkan pergaliran darah bahagian kaki dan memangkinkan metabolisme badan, membolehkan anda tidur lebih nyenyak dan selesa.
Nak Gguna Macamana? Mudah ajer...
Didihkan 1.5L air dan tuangkan air yang didih ke dalam baldi yang mengandungi sachet herba rendaman kaki TYT. Biarkan sachet dalam baldi dan rendam kaki selama 15-30 minit. Tambah air suam jika air dalam baldi semakin dingin. Untuk kesan yang lebih baik, didihkan air yang mengandungi sachet herba rendaman kaki TYT selama 10-15 minit dan gunakan air tersebut apabila mencapai suhu yang di inginkan.
  • Rendaman kaki – 1 sachet. Untuk hilang penat badan dan beristirehat.
  • Cuci Rambut – 1 sachet. Untuk melegakan pening kepala.
  • Mandi – 2 sachet. Untuk beristirehat.
  • Mandi Stim, Mandi Tab dan Jacuzzi – 2 sachet. Untuk memangkinkan aliran darah dan melegakan kejang otot pada bahagian sendi.
Perhatian
Untuk golongan tua ( umur 60 ke atas ), pesakit darah tinggi, hadkan masa rendaman dalam 15 minit.
So nak dipendekkan citer memang best! aku memang pakai bendalah nie masa dalam pantang and seterusnya selepas pantang! 
u ols akan merasai betapa ringan kepala and badan korang...semua toksin~toksin sudah di NYAHHHH keluar dari badan!
alah korang cuba lah sendiri...kang kata tak caya....tak berapa sen jew benda nie...pi ler beli...kaih pi beli kaih!....
p/s: saja share~share ngan korang apa yang aku suka.....almaklumlah ramai kata aku awekss awet muda gituw! wakakakaka bluwekkkss....dah pi muntah jejauh! 

Saturday, August 13, 2011

Tiba~Tiba, Apa Kena Dengan Aku?

salam...pretty mommies...pretty ladies...pretty gals..
pendek kata semua pretty~pretty belaka...
bagaimana juadah sahur anda~anda semua..?
sahurku tidaklah seenak mana tapi cukuplah membekalkan sedikit kudrat dan khasiat untuk mengharung kehidupan hari ni...
yea..kehidupan hari ini....saja aku highlightkan HARI INI..sebab hari esok kita tak tau selama mana kesempatan yang Dia berikan untuk aku kau dan dia...adakah masih berpeluang menikmati nikmat yang diberikanNya...
itulah kan kita nie...selagi bernama manusia dan selagi bernyawa...
beginilah kita....
melayari kehidupan... dalam satu putaran dan rutin.... tidur...bangun...kerja...makan...kendian tidur balik...dan andai sampai waktu dipanggil Sang Pencipta..
tinggallah segalanya.....
bagai tiada apa lagi semua kebiasaan yang kita lakukan......semua yang kita sangka milik kita...kita tinggalkan begitu sahaja....

itulah yang dikatakan sebagai peminjam.....
sudah tiba masanya untuk memulangkan yang dipinjam....
cumanya.....bersediakah kita andai waktu itu datang?
aku sendiri....biler ku renung and tenungkan balik...
MasyaAllah....malu pun ada...adakah bekal~bekal yang ku himpun nie cukup untuk dibawa bersama ke neraca timbanganNya nanti...samada berat disebelah kebaikan atau disebelah keburukan......

apakah hal dengann aku hari nie..???
selepas subuh tadi hati bagai tak keruan tetiba teringat tentang segala~gala yang aku lalui....
dari kecil hingga lah ke hari nie....
dari aku hingusan sehingga aku mempunyai zuriat sendiri....
terfikir tentang apakah persiapan aku nanti......
sempatkah melihat anak~anak membesar..?

pada yang membaca entry nie...jangan risau...aku okay~okay ajew...
cuma adakalanya hati nie diketuk rasa kerisauan melampau~lampau....
kadang~kadang (almost of time kowt!) kita terleka dengan duniawi...
sehingga terlupa tentang yang betapa hidup ini sementara...
sibuknya dengan persiapan raya...semuanya hendak serba sempurna..
tapi sempurnakah persiapan kita ke sana yang hakiki...

Oleh itu..moh ramai~ramai kita bersederhana....yuk!
wasadtiah itu kan lebih elok....

eh eh eh! apahal kau nie faten..????!!
biarlah orang lain yang kau sibuk kenapa! wakakakaka....
tu aku kata...post nie aku just nak merungkai kan apa yang terkandung dalam permasaalahan yang dok berselirat dalam kepala....mungkin lepas solat...
Allah tiupkan sedikit iman dan keinsafan seketika untuk aku berkongsi...wahhhh!
tak derlah....aku kan suka menaip...so aku just ingat mengingatkan...
sebagai saudara seislam.....

Mawar Merah Di Angkasa

Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman:
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37)

p/s: cuba mengingat diri sendiri...betapa jiwa dan hati ini bukan milik aku tapi milik Dia yang Esa....

Sunday, August 7, 2011

~dine wit our PM~

salam everybody!..malam nie biler kodek2 aku nya PC nie ternampak ler sekelompok pixtas masa pi diner wit PM...baru tak baru ler event nie..its on 28 July 2011 at Dewan Wawasan Jitra Kedah...since my opis ASNB was invited so bos hantar ler 4 5 orang sebagai wakil...hahahaah! at last yang pegi hanya 3 orang + boss sowang...actually this is entry yang sedikit rasa basi...tapi since blog nie mmg aku khaskan utk all the memories so upload jew...

ramai kowt yang join malam tuh...dengar khabar angin dalam 10,000 owang...hurm! meh2 tengok gambor...ramai tuw makhluk Allah...nasib baik we ol sampai awai...

so malam tuw, kita orang makan nasik kandar hj.ramli...ermm aku kira antara kedai nasik kandaq yang glamer kat kedah nie...nasik kandaq hj.ramli...so sapa datang aloq setaq tak sah kedatangan anda semua if tak pekena nasik kandaq nie.....

so, aku serahkan pada gambar menceritakan....wiwiwiwiw...
suprise! pe gamaknya yang dihidangkan?


nie antara vvip nie..wakakaka!

menten...baju akak meriah tak kalah okay....

ish! tetiba glow giler muka....owh! lawa laks aku tengok...hahahaa!

saja shoot dekat2 bagi nampak backdrop...Majlis Makan Malam bersama PM

with very humble iron lady- dato' Maznah...
mmg ngam tol...she's very friendly!

gambar sorang2 lakss...wajib!

halamak!! cayalah...credit to camerawoman yakni AKU ler tuh...kalut2 pown sempat shoot gaks!
Fafa: senyum darlie cenggituw..i loiike!


save the best for the last derrr! awat mendada elok aku posing dlm picta nie?
p/s: kadang-kadang kita boleh tengok pemimpin2 kita...n buat penilaian wether derang berhati rakyat or tak....

Sunday, July 31, 2011

~sapa tak penah wat salah, tell meeee!~



Salam....
Alhamdulillah...dapat gak diberi kesempatan posa laie tahun nie...hope tahun nie better dari tahun2 sebelumnya...ye lah kita kan manusia biasa kerdil lagi hina...ade jer khilaf yang kita buat samada sedar or tak! pada yang ade termakan hati ngan aku tuh...mintak ampun n maaf yea...hidup nie tak lama esok lusa usre dipanggilNYA!aku tak mo gaduh ngan sapa2 pun...okeyh!~bestnye if dapat berpuasa di Tawau lagi...tah biler de kesempatan cenggitu lagi...tettttt~

pretty please...ader ke manusia boleh claim dia sangat clean? Tidak ada sejarah silam? Tidak ada darkside dalam diri dia? Baaaaaikkkkkkkkkk ja semua. Sila angkat tangan.... Sebab aku nak sangat jumpa orang macam tu sekaligus bagi tabik springggg.... Nak tanya macamana dia mantain hidup dia. Jaga segala-galanya. Satu ayat pun tak pernah bohong, hatta ‘bohong sunat’. (eh2! mana ada nak bohong2 pakai sunat2 neh...).

Mungkin ada ler kan.... dikalangan ahli-ahli sufi atau yang mana orang greek panggil sopher, yang bersih segala-galanya. Tapi maksud aku orang biasa macam aku, kita dan kamu. Orang-orang yang tidak terlepas dari berbuat dosa temasuklah kesalahan dunia seperti terlanggar kucing tengah melintas...(apa kesss!)

Semua orang pernah buat salah...okehhhh! Sama la macam aku macam hangpa2 semua… haaa hangpa la, yang dok baca blog ni, dok perati kiri kanan pasai apa??? Jangan ingat orang yang pernah ada sejarah lampau tidak boleh ada masa depan. Jangan prejudis,dowwh!... Bagi dia peluang untuk perbaiki apa yang kurang. Dia bukan maksum. Dia manusia biasa yang makan guna mulut!

Bagi kata2 semangat, kekuatan, kepercayaan, sokongan dan inspirasi untuk meneruskan kehidupan... Bagi peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri... Kalau mampu, bimbinglah ke arah yang lebih baik...

Barang yang lepas jangan dikenang.... Let it go. Kalau tak boleh nak lupa nak buat macamana pulak? Itu diluar kawalan dimensi pemikiran...sebab semua dikawalNya! Tapi jangan paksa untuk melupakan, pasal benda yang paling kita nak lupa tu la benda yang paling kita ingat. Time will heal. Bagi peluang kepada masa untuk menjalankan tugasnya.bak kata omputeh..time is the best medicine!

sempena bukan posa nie..meh kita buka lembaran baru. Kita kukuhkan ikatan yang longgar. Kita rapatkan ukhuwah yang renggang. Kita tambah mana yang kurang. Kita tingkatkan amalan. Kita bina hidup baru. Kita pakat-pakat doa sesama kita ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

note: selamat berpuasa semua...
selingan lagi: kesian kat elia or jejari runcing and ex fiance dia KF or apek..sebab putus tunang! tp percayalah tu baru putus tunang...belom agi bercerai berai...anyway, life still goes on! aku suka nak doakan yang terbaik pada semua.....

Wednesday, July 27, 2011

~HATI YANG DIPINJAMKAN~


maaf lah...if apa yang aku dok tulis taip merapu nie membuat korang terfikir apa kebenda nye si tireless mom nie...tapi tu lah aku sendiri pown tak tahu...biler kata apa jua yang berkait ngan hati nie mmg kita takkan memahami...sebab? sebabnyaaa....hati nie bukan milik kiter ok..milik Allah! so Dia lah yang control semua...
tapi aku nak tanya korang ler kan....Betul ke kita boleh rasa kalau orang betul2 ada hati dan takda hati dengan kita.

luv my family!
Hati dan perasaan ni tak boleh nak paksa. Ni la hebatnya kejadian tuhan. Kau boleh ada hati dekat dia, tak semestinya dia kena ada hati kat kau… kan?
Kalau kita sayang, maka kita akan sayang. Kalau kita dah tak sayang, kita akan tak sayang. Mana boleh paksa2 kau sayang aku dan aku sayang kau, kan beb?..
Hati dan perasaan ni unik. Dia ada suis. Tapi kita tak tau kat mana nak tekan. Tau2 dah spark.. bzzzzzzzzz
Hati aku?? Hati aku dah penat… dia perlu rehat. Biarla dia berehat. Doakan yang terbaik untuk dia. 


note: Kepercayaan adalah suatu yang sangat suci. Bila suatu kepercayaan dikhianati, maka amat susah untuk mendapatkannya kembali. Mengkhianati suatu kepercayaan adalah satu kesilapan yang amat besar. Walau sepayah mana cuba kita kembalikan kepercayaan itu, ia tak akan sama seperti mana sebelum ia hilang.

Thursday, July 21, 2011

~Barang Anak Nak Brand ajew..Jadi Parent Yang Prihatin Please~

Ahakss....tah ler aku nie kalu nak dikategorikan sebagai owang yang ikut dan je nak tulis kan?...sebab tuh aku kata aku suka tulih pe yang aku observe! Kira nye aku nie belajar dari pemerhatian lew... dan yang paling pasti aku suka nak share stories and info..i think it makes me look sexy! <== apa kesss??. ignore.

okeyh....mama-mama,mummy-mummy,ibu-ibu dan apa jualah panggilan anda...even to uols dady or abah or papa....please take note! kita selalu sibuk membuat persiapan dari start bersalin hinggalah perabot tido nak letak mana...tapi tak terfikir laks ngan keperluan pembelajaran anak-anak...suka nak ingat mengingati yang cost pembelajaran dah meningkat okay...***tapi gaji tak de ler plak nak naik setiap 3 bulan...6 bulan...ye tak? so tak synchronize langsung!***

If kita2 nie nak beli barang anak...amboi nak yang brand aje2...kalu stroller tuh lekeh2 nak quinny, baru nampak cam Suri Brad Pitt...botol susu xbagi kalau tak AVENT ke MAM ke...katanya free BPA tak pun kang mulut anak gatai2! Tang lapik buttock..Pampersss....paling2 pun Huggies.. atau skang cloth diaper (hellooooo Lunatot~ i pun guna tuh)...Go! Go Green!.

uishhhh! aku agaks dalam sebulan saja....suku or even 2 suku pown nak tak nak kena peruntuk untuk anak! ye tak?? mana ngan yuran or duit pengasuh...banyak woooo! so....itu mmg keperluan semasa yang tak dapat nak dielakkan...semuanya under our responsibility cuma yang penting tak der ler nak berbelanja until deficit!

This time aku juz nak tanya.... how about education planning? r u think about dat oredy? atau u all rasa tak berapa penting lagi sebab anak baru lepas pantang? hurmmm...again! pada pengamatan aku ler...apa yang aku tahu....in 2015, yurang pengajian dianggarkan meningkat 3kali ganda dari current cost.....hurmm if anak sorang oklah...if dah masuk 3 4 orang, parak kau nak prepare!...Lama lagi?? Inilah yang selalu menjadi kesilapan kita … nak jejak kaki ke kolej tunggu anak usia 18 atau 19 tahun. Lama lagi … jadi tak fikirlah nak melabur atau menabung untuk keperluan ini.Dalam istilah perancangan kewangan, keperluan kewangan ini jatuh dalam istilah keperluan jangkamasa panjang.

memang ade ruang n peluang nak wat loan PTPTN ke...MARA ke...tapi if apa yang korang harapkan tak de rezki laks tuk anak korang...almaklumlah aku rasa skang student semua bijak2 pandai, mcmana tuh? jadi...jawapannya mudah...

~Buat Perancangan Kewangan Dari Kecik2 Cili Api lagik~


so ader beberapa pilihan okay....dalam memenuhi keperluan jangkamasa panjang, kita boleh memilih sesuatu yang agak berisiko sederhana ke tinggi, sebab kita ada waktu untuk mengalami sebarang kenaikan atau penurunan harga pelaburan kelak.Jadi, pelaburan jenis apa perlu dipilih?

1- korang beli insurans yang khusus utk education planning or
2- MELABUR DALAM UNIT AMANAH...

Pretty mummies n encem dadies.. skang kan dah berlonggok2 cam dughian dok jual tepi jalan... pilihan produk insurans or even unit trust in todays market...antaranya products dari ASNB.....Prudential.....Public Mutual n macam2 lagik!


The best way...first skali kita cuba kategorikan anak-anak dalam tiga peringkat:
Peringkat pertama – bayi hingga 5 tahun

Peringkat kedua – 5 tahun hingga 10 tahun

Peringkat ketiga – 10 tahun ke 17 tahun

Bagi pendapat saya, setiap kategori memerlukan kaedah pelaburan yang agak berbeza. Jika memasukkan mereka di dalam keperluan kewangan, tempoh setiap kategori berbeza seperti berikut:
Peringkat pertama – Jangkamasa panjang

Peringkat kedua – Jangkamasa sederhana

Peringkat ketiga – Jangkamasa pendek

Bagi anak-anak di peringkat pertama, lebih banyak pilihan pelaburan yang boleh dibuat oleh ibu bapa. Itu pun kena ambil kira dahulu keseluruhan situasi kewangan keluarga anda sekarang sebelum memilih sesuatu pelaburan.
Lazimnya, anda mungkin baru memiliki rumah dan kereta dan perbelanjaan bulanan agak berat sebab kebanyakan alat rumah atau perkakas elektrik juga dibeli secara kredit. Jika ada di antara anda yang mempunyai “surplus” (lebihan) dari segi wang masuk bulanan melebihi wang keluar bulanan, alhamdulillah, anda boleh memulai tabungan atau pelaburan jangkamasa panjang untuk keperluan anak-anak anda. 
In fact, di pejabat ASNB ader skim Amanah Saham Gemilang yang leh buka akaun anak dari umur 6 bulan....worth investing!
eh3...korang jangan lupa n buat2 tak tahu buka savings akaun biasa dengan melabur dalam unit amanah adalah different at all....savings still dapat dividen or they call it interest tapi tak setinggi tabung unit amanah okayyyy.....please remember!

nota utk semua2 yang bergelar PARENT: jangan peduli apa aku bebelkan jika korang rasa tak penting...aku juz ingat mengingatkan kepentingan membuat perancangan awal supaya pembelajaran anak2 diambil kira demi kesejahteraan mereka! 

~perghhhh!!! setengah jam gaks aku dok tekan kibod...aku taip laju2 gitu smp terangkat2 kibod! bluff. uweeekk....Pangg skit!


alahaiii...fail picta anak2 ikan nehhh....blur2 skit!
nak jerit kuat2 gitau "I LUV UOLS"

Monday, July 18, 2011

~Cincin Raya Nak Pakai Jari Mana?~


salam pretty ladies! hari nie tergerak hati nak share pasal pakai cincin...tetiba laks kan? bukan apa aku de ler terrr tengok acik sowang nie hurmm...dia nyer gelang emas mmg superb! MANAKALA yang chinchin tu mmg aku pown kagum sebab nye hampir2 ke 10 jari disarungkan chinchin! ~aku tak sure laks tang jari kaki... tp tu lah masalahnya...aku bukan nak tengok sangat tapi mata nie mmg Allah bagi untuk melihat...dats why lah! tapi apa yang penting aku lihat dan belajar...(poyo jew!)

lagipun pas nie pejam celik pejam celik posa....then pejam celik pejam celik lagi dah raya...sale poh kong pown dah nak dekat, ye dak? ( tahun nie poh kong n habib nak wat pattern apa laks yea?? hurmmm...) 

okay2, nak di pendekkan cerita pasal pakai chinchin nie....seelok2 nya pakai kat jari manis atau kat jari kelingking...sebab apa taw? sebabnya..... even Rasul  kita pown Nabi Muhammad S.A.W pernah menasihati kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • jari manis (yang no 4 atau 10)
  • jari kelingking (yang no 1 atau 8 tuh)

    aku pinjam gambar cengginih senang nak tunjuk kot korang confius dok kira jari!

    dan TOK SAH lah dok pakai cincin korang xkira lah cincin emas putih k merah k...belah rotan or tak bleh blah ke... atau apa jenis cincin pun kat jari
    • jari tengah
    • jari telunjuk
    Sebab nya....Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah seolah olah kita MENIRU or COPY cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s. (Nauzubillah!)

    Perhatian yea...cara nie bukannya untuk makluman kaum wanita ajew....awak tuh geng2 lelaki pun sama diaplikasikan okeyyh! Muslimin dan Muslimat (pergh! panggilan yang aku kira warak gitu...~MANISKAH KURMA ITUW???~ bak kata Jepp Sepah~, so sila2 lah nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

    hah!! kan elok pakai cincin cenggitu..manis jew!

    nota utk aku: biaq pi lar kat depa nak pakai lagu mana ponn...bkn depa beli ngan det kita ye tak?
    nota utk kau: tak der lah aku just share sebab aku kan sexy! so sharing is sexy kan? kan?  lagipun pakai barang kemas nie cantik tapi lagi cantik and sweet2 jew kalu tak berselirat cam pokok krismas!

    Monday, July 11, 2011

    Ke Mana Perginya Dia Membawa Diri?

    ishh...aku tak tau lah wat per kat dia tetiba menghilang...dah perasan dah a few days dia tak der...
    merajuk ker hapa tah?
    tapi apalah yang aku wat tetiba dia tak der? tak paham...
    dah kodek sana kodek sini...
    mintak nasihat situ sinun tapi tak jugak berjaya...
    so langkah mudah wat dono jew...
    ade ker sapa2 yang facing the same prob ngan aku?
    FOLLOWER WIDGET aku missing.....
    tetiba jew!!! sayang wooo....walaupun tak der ler manyak mana follower tapi sayang sangatttttt.........
    huhuhu! any advice pretty ladies????

    Monday, June 13, 2011

    Ketaatan Lelaki Hanya Bermula Di Tempat Tidur ke?

    Salam....
    Rasanya semua dah maklum tentang topik yang diketengahkan Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr. Rohaya Mohamed about "Isteri Kena Layan Suami Seperti Pelacur Kelas Pertama" owhh! pretty,please....we nid to see it from many perspectives! ~up down left and right~..hurmm...tu ler kadang2 kita nie biler dengar yang negatif cenggitu terus nak amik yang negatif jew....betol dak? since this topic came out, nahhh amik kau berduyun2 memberi komen dan pandangan termasuk aku ler gak...(tapi aku idak ler sampai kuar paper nak mengomen or memberi pandangan ye,tak?) aku pown de pandangan peribadi tapi stakat  nak sembang gebang dalam blog aku jew lahh...so here the principle of my blog my territory is applied sebab ikut suka aku nak taip apa pown.... yang elok kita amik yang tak elok ignore je....

    sebenarnya truly speak terkejut, tergelak, sokong tak sokong smua ade...ala2 cam biskut dalam tin tuh bercampur baur kan....nak layan suami cam pelacur kelas satu...hurm! pelacur mcm dilakonkan julia roberts dalam pretty women kew?

    Fuhh, tapinya nak suh layan cam pelacur tuh cam ner tuh...? sb tak taw laks caner prostitue beraksi di atas ranjang cumanya yang aku tau n sure pelacur nie melayan lelaki...tak kira lah laki tuh de dara  teruna or tak en.suami orang or wat sebab derang main layan jew janji det masuk.... so layanan pelacur hanyalah sebab RM! lagi besar RM lagi hebat layanan nye....

    maybe apa yang disampai kan tuh sebenarnya lebih kepada maksud tersirat..mmg betul even in Islam pown kita disuruh layan baik terhadap para sang suami, tapi bkn aje stakat di atas katil atau sebab tak nak laki curang...pada aku taat dan layanan baik pada suami nie lebih pada segalanya...makan minum, baju seluar....suka duka lelahnya n macam2 lah lagi...sebab seorang pelacur takkan mampu setia pada satu lelaki sebab nama pown pelacur kan....kalau ramai customer database lagilah besar periuk nye...(Nauzubillah...)

    kalau nak suruh layan ala2 pelacur laks, setakat hubungan seksual sajalah..tiada perasaan, tiada hati ,jauh lah lagi nak merasa kasih sayang n cinta juga rasa rindu....betul dak? tapi aku suka nak menyebut banyak sangat story mory alah even kat surat2 kaba bagai isteri bagilah layanan terbaik, isterilah paling cun or even makhluk paling seksi kalau suami nak cari lain, dia cari jugak.... Tak ade sebab atau alasan kukuh kecuali satu, memang sebab NAK CARI LAIN!

    tapi satu ,kenapa nak dikatakan sebelah pihak aje kan? If lelaki juga memain peranan dalam meng harmonikan umahtangga tanpa perlu mencari lain rasanya aman damai tenteram sejahtera lah family tuw! (hurmm panjang tuh explanation nak bgtau yang we can live hapily if suami tak buat perangai) ..selagi suami tak abaikan tanggungjawab mengikut hukum, layan isteri dengan baik laks tuh, cakap baik lemah lembut, jaga hati dan perasaan masing2...i think isu CARI LAIN takkan timbul.. and maybe 100 kali ganda lagi baik ketaatan dan layanan isteri terhadap suami.....

    tolong! tolong! dan tolong serta tolong....isu mencari lain adalah lebih kepada kaum adam....knapa ya? owh! maybe adam nafsu nya satu! nafsu nan satu itulah yang mendorong ke arah mencari lain...sebab nafsu laki banyak terjerumus terhadap nafsu seks semata....lain hal ngan owang pompuan...nafsu 9 (dalam bahasa thai 9 adalah 'kao') so maka biler dah banyak cenggitu tak der lah tercenderung kepada nafsu seks semata...oleh yang demikian, welcome to BANDUNG..Paris Of Java...bahahaha! pretty please uols taw apa maksud aku kan...syorga dunia untuk kita shopper...alaaaa kita kita ler....bab nie kita sambung kengdian aje...

    balik ke isu yang kita bentangkan tadi.....macam2 kisah yang common kita dengar..kadang2 laki nie terutamanya sang suami ngan orang lain especially depan pompuan lain, lembut gigi dari lidah...takdan owang nak mintak tolong dia dah tampil ke depan...hah! tuh esp biler tang adik2 praktikal pompuan mintak tolong, amboii nonong2 laju jew..."meh2 abg tolong" tapi yang heran kat rumah tak penah pulak nak apply benda sama...kot ye pown nak tanya " meh2 nak abg tolong sidai baju tak?" hurmm??? camna tuh!... biler bercakap ngan pompuan amboiiii kemain yea...tapi ngan anak bini high pitch tak ingat! so how u wanna expect isteri nak beri layanan baik?

    Come on isteri nie manusia jugak...ade hati ade perasaan...alahai setahu aku lah laki nie nak kita paham derang je kan? dan yang paling aku nampak lelaki nie MUDAH LUPA! biler susah nak sama2 biler senang mula lah lupa...selalunye suami akan mengatakan isteri silap itu, isteri silap ini, tak pandai nak menjaga hati...tapi adakah laki pandai menjaga hati si isteri..? Hidup berumahtangga perlukan pengorbanan seimbang bukannya nak menuntut segala2 dari isteri semata dalam nak menetukan kerukunan dan kebahagiaan. biler semua seimbang of coz ketaatan, layanan yang baik and positive atmosphere akan wujud tanpa dipaksa dan TAK PERLU MENJADI PELACUR kelas pertama...tapi jap2 persoalan nya "PELACUR ADE KELAS KE?"

    hurmmm...penatnya biler sentuh isu umahtangga nie...sebab takkan berkesudahan! If u ol guys hanya pandang pada kecantikan of coz u ol leh jumpa merata2...bersepah2 even aku akui skang ramai sangat budak U pown dressing ngalah owang yang keja....pe lagi if dah berduit walau pun duit PTPTN...

    so wat are uols guy expect from your wife? korang nak we ol sentiasa muda belia kew? ~ if yes, napa nak membazir masa msg or kol pompuan lain, bak sini det tuh bagi we ol sign contract ngan London Weight Management or Mayfair (sure setanding Erra neh nanti, mau menangis dia nanti sebab de pesaing lagi ngetop!)...

    jadinya di akhir kata, aku bukanlah yang sesuai nak bercakap soal2 umahtga nie sebab im not in the grup yang having success mariage...so aku cuma sekadar meluahkan pengalaman aku yang gagal dua kali dalam perkahwinan...aku juga masih belajar dan belajar dan belajar dalam kehidupan.....apa yang penting aku adalah aku....