l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Cantik

Salam.. Lama kan tak nengok i update blog...huhu! bukan nya malas tapi banyak sangat benda nak buat..tambah dikelilingi oleh 2 makhluk halus nie..balik keja sah2 mengadap depa dulu baru aku nak wat menda lain...tapi skang biler anak yang sulong start skolah..MasyaAllah! bagai tak cukup masa 24 jam tuh....tak tau lah if berpeluang dapat extra time ke idak!... actually masa tuh mmg Allah dah buat elok2 dah 24 jam...cuma kita ja yang tak tau nak susun bagi elok! haaaa....tengok apa yang Allah buat semua dah tersusun elok dan cantik! sama lah biler Dia mencipta manusia...Allah dah buat cantik dah....tapi tuh la kita ler plak nohh....rasa cam ade je yang tak kena! tuh yang de yang cocok sana cocok sini...last skali konon lagi pandai jadi Sang Pencipta..nengok2 jadi lagu nie....


maybe pada makcik nie cun kowt lagu nie no! biaq pi ke dia!
anyway....pada aku lah....cantik nie subjektif kowt! betoi dak......pernah dak uols dengar "OTHER PEOPLE UGLY IS ANOTHER PEOPLE BEAUTY"...aku sokong sangat!sebab maybe pada kau si Peah cantik dengan bulu mata melentik...body ala2 bentuk gitar tapi pada aku Jenab lagi cantik dengan tudung ala2 Hana Tajima.....muka polos je cuma pakai lip balm! haaaa citarasa manusia berbeza...so masing de description masing2 pasai cantik!

aku bukan apa....biler aku belek2 balik picta lama2 ha ha ha ha! sure aku nak tergelak giler....totally different! orang surely tak caya that's me! ye lah masa tuh mana nak reti lagi consume2 vitamin bagai...apa kebenda collagen mana nak ade zaman tuh! tudung pown main selimpang jek! dah la aku main netball n basketball n handball n segala bagai ball lagi....so kulit mmg burn giler! tak de makna nye nak berlosen bagai.... hurm! betoi....u mustt see this to believe it!

this is  me long long long time ago!

this is me now!

now!
apa yang aku nak bagitau...people can change k! cumanya kena rajin polish muka n consume apa yang patut utk maintain!...yelah tak dinafikan...zaman sekolah mana nak de duit...ye tak! duit cukup2 beli buku...but its okay...yang penting kena make sure basic rutin cam cleansing~toning~moisturizing jangan tinggal...nak kuaq wat any aktiviti luaq...sunblock jangan lupa!

aku dulu..penah lah minat ngan senior sorang nie masa blajar kat sains machang...tapi korang tau apa dia yang dia tak kutuk aku...itam lah! apa senandung tuh...ahaaa! dayang senandung lah...macam2 lagik!!! hu hu hu...perittt sangat masa tuh.... but anyway, dun wory! i already left that ugly duckling behind.......n welcome new brand of me......and the latest, giving a talk bout retirement palnning in front of 80 TNBians at Wisma TNB Alor Setar......jeng jeng....

ish2 seriousnya muka haku!!

apasal tangan aku cam manisnyaaa kurma ini...haaaa haaaa sempoooottt!
Kadang-kadang, cantik di mata kita tu pada budi bahasa dia... pada kata-kata yang dituturkan, pada akhlak dia yang tertib terning... pada ketegasan yang terpamer, pada, pada, pada...pada banyak pada laaa.....dan banyak lagi pada yang dalam-dalaman. Erk! Ayat tak bape nak cantikkkkkkk, tak kisah! Maksud sampai!

Di luar sana bukan sedikit yang rasa diri kurang sempurna, rasa diri kurang menarik, kurang menjadi perhatian, rasa diri tidak menawan. Kerana kurang cantik dari dia dan dia, kurang kacak dari dia dan dia... Rasa semuanya kurang!!!

Sedangkan.....semuanya sudah cukup indah!

renung2 kan....

"Ya, Allah jadikan semua orang indah-indah! Kerana Dia Yang Maha Indah, suka pada yang indah-indah, dan indah yang bagaimana bagi setiap insan adalah berbeza, maka bersyukurlah! Usah dirisaukan pada cantik rupa dan kacak muka, tapi tingkatkan iman dalam diri! Itu yang lebih utama dari semuanya! Mungkin ada yang akan kata..."laaa, yang tu memang lahhhh...nanti-nanti pun bolehhhhh...", tapi Allah tak tunggu masa untuk tarik balik nikmat yang Dia dah bagi! Cantik? Sampai masanya akan hilang...

Saturday, December 31, 2011

life goes on

salam...
terokkkk tul...lately nie aku malas nak menghapdet! i dunno why...tapi memandangkan hari nie dah masuk tahun baru 2012 kalendar masihi ler kan..so tak per aku nak amik kesempatan lah...taip apa2 yang patut kat my blog yang dah sedikit di anak tirikan!

aku perasan kat FB semua orang pakat dok update pasal happy new year...semua ngan azam dan semangat berkobar2 melaungkan..(dalam FB apa ke hal depa nak melaung..) tapi tak per lah walaupun dari words2 tuh aku tau depa semangat nak menyuarakan yang depa ada azam baru sempena tawun baru... so its good! yang penting kita mmg kena selalu pray for the best.. apa yang kita perlu buat..berdoa...berdoa...berdoa... dan bertawakkal padaNya!

wateva it is... what i can sum up bout my life since the day i was born until this end of 2011...life goes on without any pitstop....

Thursday, December 8, 2011

Manusia sama aje.


salam...tak tahu lah napa...tengah cuba memahami sifat-sifat manusia yang serba kekurangan, dan selalu tertanya-tanya kenapa manusia senang berubah hati? Tak kisahlah in making decision...in relation....

Jadi, selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya bukan terus ke puncak sana...maybe depa dah lalui segala jerih perih untuk bearada di atas... kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya.

Manusia memang begitu.....

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.
Allah takkan menguji kita lebih dari kemampuan kita :).
We're tougher than we think :)
Don't fret, just do what u've got to do :)
Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … 
Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… 
Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya. Aku tidak akan menunggu hingga semua manusia jadi baik barulah aku menjadi baik. Yang penting aku cuba jadi yang mama yang baik.

Tuesday, September 27, 2011

Aku Juga Punya Kesilapan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bila kembali aku kembali membaca posting yang ditulis sendiri, hati ini sememangnya merenung diri. Kesedihan terlalu banyak berlaku pada diri. Walaupun mungkin kesedihan yang aku alami tidak sehebat apa yang dirasakan oleh mereka di Gaza atau Palestin atau Somalia sana.... Tapi hati tetap juga melihat segala aspek diri yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.
Dalam merenung diri, diriku mula terfikir kekadang apa jua keputusan yang kita lakukan dalam kehidupan ini melibatkan hati dan perasaan orang lain, dan kekadang kita juga bertindak tidak di atas landasan yang betul. Sehingga melibatkan keretakan hubungan sesama manusia. Dan yang paling besar bila kesilapan yang dilakukan memberikan kesedihan kepada orang lain.
Tika itu hati akan tunduk dan mengakui kesalahan dan kesilapan diri. Sama ada besar atau kecil kesalahan dan kesilapan diri akan terus bersarang di lubuk hati. Dan yang pasti manusia akan terus melakukan kesilapan kerana manusia adalah insan yang punya kelemahan. Mudah-mudahan Allah berikan kekuatan pada setiap insan untuk mengubah diri dan terus menyedari kesilapan yang pernah dilakukan. Tetapi jangan ego untuk memohon maaf atas kesilapan diri pada mereka yang terlibat. Wahai diri, jangan lupa bahawa hidupmu hanya sementara. Ubahlah diri mendekatkan diri kepadaNya.

p/s: we are not perfect but we can be almost perfect!

R.E.D.H.A

assalamualaikum.... pretties!

humrmm...hari nie aku quite bz sebenarnya...maybe pukul 2 tadi terkejar ke seminar kat Watt Siam Kg.Naka Kuala Nerang...so balik pown dah lewat....pukul 8 baru sampai umah! then my ex-Amin msg me up bgtau nak bawa our son pi teman dia tengok bola....hurm Kedah lawan Perak kot! aku ok je....apa pun still his son! well....aku ngan min takkan pernah putus...walaupun dah hampir 7 tahun we divorced but we still care each other! 

memang macam tuh kot...kita pernah sayang seseorang berkongsi hidup dengan mereka..tapi tiba-tiba jodoh kita tak panjang...tak semudah tu kita nak melupakan....samalah macam my second marriage....aku ngan agus pon bukannya kawin untuk bercerai! kalau kita tahu kita berkawen semata-mata untuk bercerai dah pasti aku tak kawen...

aku dengan my exs semua okay...and yang pasti we ol end up with good atmosphere!..buat apa nak gaduh-gaduh? kita pernah saling menyayangi...malah kita berkongsi segala-galanya! mustahil semudah angin lalu je nak melupakan.....

aku tak tahu lah macamana if my exs kawen...samada agus or min! im sure partner masing-masing sure tak dapat nak terima tentang bayangan aku kan...of coz lah if aku jadik depa pun aku tak leh terima! tapi again, korang kena terima hakikat yang KORANG BERKAWAN NGAN DUDA CERAI HIDUP AND ADA ANAK! if basic tuh korang fail...sampai ke tua aku agak korang akan meroyan! teeeeheeee.......

tapi itulah kan....hidup ini sentiasa diuji...tak kiralah kehilangan ahli keluarga....hantar resume berkodi-kodi tapi tak jugak dapat kerja..or even kita bercerai pun semua nie adalah ujian yang mana kita kena redha! Namun sebagai makhluk yang bergelar insan, bukannya kita terus menerus menggenggam kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian dari Pencipta!sebab bukan mudah membina kesabaran dan redha di atas segala bentuk ujianNya..terutama bila kita diuji dengan kekecewaan dan kesedihan......


Bukan mudah mematahkan rasa sedih. Bukan senang memujuk hati untuk menerima segala ketentuan. Sekalipun mulut mampu mengungkapkan kata sabar, ketahuilah bahawa hati sebenarnya memerlukan begitu banyak kekuatan untuk membina kesabaran di hati. Dan perkara yang selalu menjadi pertanyaan kita pada masa itu, mengapa semua ini terjadi kepada kita? Kenapa begitu sukar menghadapi kehidupan ini?
Namun ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita, dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita. Kerana kesedihan dan kekecewaan bukan bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita. Bahkan terus bersama kita. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami hakikat kehidupan ini.
Jangan lupa untuk membina keyakinan diri dengan terus berdoa kepadaNya. Minta diberikan segala kekuatan dan kemudahan dalam menghadapi hidup. Pengalaman pahit sebenarnya mengajar kita bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Sebagaimana indahnya pandangan mata menilai sesuatu.


Sunday, August 28, 2011

jangan gelojoh bleh?

salam uols...
wahhh! hari nie semua nampak ceria...almaklumlah di pengakhiran hari puasa...
tapi actually hapy-hapy pun...
aku still rasa sedih dan pilu...*tak sudah-sudah dok sedey ajew..
bukan apa...bukan nye sebab jiwa lara or hati berduka..
tapi sedey sebab ramadhan dah nak habis...
yelah kau...setahun pulak baru nak jumpak ramadhan..
tu pun kalu diberi kesempatan dan masih dipinjamkan umur dari Maha Pencipta!
tak gitu....nokss?
secukupnya kah peluang ramadhan nie kita grab mengumpul bekalan?
tak per renung-renung dan selamat beramal...............*pergh!*
tak per tuw kita sembang kengdian....

owhhhh! anyway aku tau semua owang dah berebut-rebut nak balik raya..
yang keroje tak kira gomen or semi gomen or swasta or apa skali pun sure dah plan cuti....
ade plak yang siap bahagi-bahagi bahagian cuti masing-masing..

* eh! last year kau cuti sebelum so tahun nie turn aku plak apa....*
*alah....nak cuti time nie sebab nak balik kampung jauh...*
*okeyhhh...aku nak sambung ngan cuti wajib okeyh!*
~hahaha! ayat-ayat power boley dengar time nak planning cuti!

well....apa pun aku pun dah selamat cuti! yeahhh.....~hari jumaat 2hb september harapnya dapat cuti ya Bapak Najib! aminn.....

so uols tau lah biler kata nak raya tuh...tu dia! mak hang....
berduyun-duyun berpusu-pusu keta berebut ataih jalan raya...
tapi yang aku tak tahan...yang siap potong Q tuw yang wat aku bengang!
((sabar kan kita puasa! astaghfirullah)
aduhaii....dengan hujan nya...dengan eksiden sana sini...
de plaks yang tak reti tomatninah....hangpa tau dak tak leh potong belah kanan depa potong belah kiri...
betoi...aku siap amik gambaq nak bagitau betapa...
plissssz okay....biaq beratuq lahh...
nie hangpa dok lintaih barisan...satgi kat depan nun tu diaa...bersusun-susun dok nak selit masuk line!
if time sekolah tobaat pengawas tulis nama n cekgu tarik telinga!

ujan ja since last few days!

aku agaks driver tuh dah tak tahan nak buang ayaq kowt!

p/s: bagi chance pada kawan-kawan yang raya berbatu-batu jauhnya cuti raya...aku??? kat daerah sebelah aje....teringat laks raya kat tawau! okeyyy tadaaa.....

Saturday, August 27, 2011

Hati Ragu. Istikharahlah!


Salam...
Entah mengapa kadang-kadang hati bagai terbahagi dua...walau tak nampak belahan secara zahirnya tapi Allah Maha Mengetahui..Itulah maknanya hati ini bukan milik aku tapi milik Sang Pencipta..
Lalu, bila hati mula tak ketahuan punca membuat keputusan maka beristikharah lah....
Perihal solat istikharah ialah apabila seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukannya wajib.
- Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
- Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
- Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
- Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
actually istikharah sinonim sangat biler kita nak buat pemilihan jodoh tak kira lah laki atau pompuan..if kita tanya para ustaz or ustazah macamana nak pilih pasangan hidup ((especially yang ramai pilihan lahhhh)) sure derang akan kata buat istikharah...
Weelll, sebenarnya istikharah bukanlah semata-mata untuk pencarian jodoh tapi skopnya lebih luas....sebenarnya penting sangat beristikharah dalam kehidupan harian....biler beristikharah kita sebenarnya tanya pada Dia apa yang terbaik kita perukan dalam hidup yang sememangnya kompleks sangat niee....even uols nak beli rumah, tak tau nak beli banglo  2 3 or 4 level...boleh buat istikharah....hurm! or uols nak beli kereta baru tambah skang nak raya makanya tak tahu mana nak pilih lancer or civic, why not buat istikharah!...or even nak melabur pun boleh buat istikharah! thats the beauty of Islam....setiap masalah ada jalan penyelesaian kan?
dilemma.jpg
totally in dilemma!
p/s: biler hati dalam dilema, hanya Allah tahu jawapannya! jadi tanyalah Dia apa penyelesaian setiap kebuntuan....

Sunday, August 21, 2011

Aduhai Hati....Mengapa Harus Kau Bersedih..


Dengan nama Allah Tuhan yang memiliki setiap jiwa-jiwa dan alam ini...
sejak akhir-akhir nie aku kerap bertafakur alam...pemerhatian selepas pemerhatian...semuanya melalui alam...aku sedar tis life is juz a transitory....setiap kita-kita dalam alam nie memang hidup dalam satu simbiosis kehidupan dan saling berkait...sambil driving tadi aku melayan perasaan...tengok kiri tengok kanan...MasyaAllah!betapa Allah itu Maha Besar....Allah lengkapkan alam nie dengan sempurna...cukup segalanya...... tapi tu ler kita nie manusia yang rapuh jiwa kan? kadang2 kita terlupa...
macam aku sendiri ..ada ketikanya....aku tak nafikan seringkali hati kecilku mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala perasaan tu datang sebab aku terasa keseorangan......hati bersedih...so mengelakkan hati terus bersedih aku terus paasang CD La Tahzan yang aku beli dari adik-adik yang minta sedikit pertolongan  yang selalu setia menunggu depan Maybank atau mana-mana premis...
Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.
Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 
Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.
Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.
Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?
Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.
Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.
Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.
p/s: sesungguh nya janganlah mengharap pada manusia....

suka picta nie...tq mr.google!

Wednesday, August 17, 2011

kita suka main~main

salam kawan~kawan yang disayangi...
napa nie...sejak akhir~akhir nie..
tak dan jer nak hapdet blog...
walhal banyak je agenda dalam kepala nie...
penat maybe.

owh anyway..
malam nie aku ader sumting yang aku rasa perlu share..
kadang~kadang biler kita cakap sikit..
bukan niat nak tunjuk kita nie baik...
tapi sebagai peringatan..
bukan untuk orang lain..
tapi more to diri sendiri...
kan dah gitau berkali~kali yang diri ini mudah lupa..
especially pas bersalin..
ye lah nak wat cemana...
sekali bersalin dah beribu~ribu urat saraf terputus!
aduiiihh...! pengorbanan seorang ibu yang aku kira...
tak ternilai kan?

anyhow...tak mo touch bab pengorbanan~pengorbanan n terkorbanan...
titik!

alahai nie hah...
pasal betapa kita nie kadang~kadang...
hampir terlupa atau maybe tak terperasan tentang betapa..
BESAR nilai doa yang kadang~kadang kita main~mainkan...*aku nie suka kadang~kadang ke hapa?
bukanlah main~main macam mana...
maksudnya, doa nie kita suka baca laju~laju...
aduhai.....

aku pasti..doa yang kita baca waktu duduk diantara 2 sujud
korang perasan tak?
dalam tak sedar setiap hari kita sentiasa memohon dalam solat kita...
tapi sayangnya...kita hanya memohon tanpa memahami...
sekadar meniti dibibir~bibir kita yang mungil nie...*wahhh! hikss..
tapi adakah kita tau makna? atau berbekas ke idak kat hati kau tuh senah doa~doa tuw?
kemain baca pst! pst! sembur~sembur air lior....
sayang! apa satu kita tak taw..
so tak per kita nie sama ajew..
aku pown nak jugak perbetul diri yang tak betoi~betoi nie..
at least biler aku kongsi info ngan korang~korang kita leh lebih tawadduq gituw..
udah membebel...moh ler kita mula...

ingat dak mula~mula kita berdoa..

RABBIRGHFIRLI...(Tuhanku ampuni aku...)
diamlah sejenak....
buka dada...dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah...
seperti membuka diri ketika hangpa nak merasa tiupan angin sepoi~sepoi bahasa...
ulangilah RABBIRGHFIRLI (Tuhanku ampuni aku) hingga kita merasai ketenangan...
kengdian sampaikanlah permintaan kedua,

WARHAMNI (Sayangi aku)
diam seketika..
tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah yang confirm tak terhitung besarnya...
bukalah dada kita seluas~luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah yang kita terima...
ulanglah beberapa kali sampai kita rasa cukup...
barangkali takkan pernah cukup untuk mengharapkan kasih Allah...
owh! insaf...

then,
satu persatu sampaikanlah padaNya permintaan permintaan berikut dengan cara yang kita buat tadi...
dengan rendah hati...kan kita skang tengah mengadap Tuan Empunya alam semesta..Maha Pencipta..

Wajburnii..(tutupkanlah aibku)
Warfa'nii..(Angkatlah darjatku)
Warzuqnii..(Berilah aku rezeki)
Wahdinii..(Berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii..(Sihatkanlah aku)
Wa'fuannii..(Maafkan aku)

Setel jer...diam sejenak..
then sampaikan rasa syukur kita..

huhuhuhu! siyes aku sendiri pun kadang~kadang amik enteng ajak...
yelah biler berdoa tak tau makna cam kita berpura~pura jew ngan Allah memohon..
tak bersungguh so macamana Allah nak tunaikan..
kesungguhan tak der babes!

takperlah at least aku share nie harap~harap sesamalah kita perbaiki apa yang kurang
dok gitu tijah? *sapa tijah lakss...sowie ekk kita main sebut jew!
apa yang aku taip cara~cara tuw aku permudahkan dari apa yang aku baca kat blog HALAQAH..

so tak perlah..pretties..
jum tido!
he he he....nanti solat jangan lupa ekk kita prektikkan!



p/s: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi). 


seindah hiasan adalah wanita solehah..aminnn!

Sunday, July 31, 2011

~sapa tak penah wat salah, tell meeee!~



Salam....
Alhamdulillah...dapat gak diberi kesempatan posa laie tahun nie...hope tahun nie better dari tahun2 sebelumnya...ye lah kita kan manusia biasa kerdil lagi hina...ade jer khilaf yang kita buat samada sedar or tak! pada yang ade termakan hati ngan aku tuh...mintak ampun n maaf yea...hidup nie tak lama esok lusa usre dipanggilNYA!aku tak mo gaduh ngan sapa2 pun...okeyh!~bestnye if dapat berpuasa di Tawau lagi...tah biler de kesempatan cenggitu lagi...tettttt~

pretty please...ader ke manusia boleh claim dia sangat clean? Tidak ada sejarah silam? Tidak ada darkside dalam diri dia? Baaaaaikkkkkkkkkk ja semua. Sila angkat tangan.... Sebab aku nak sangat jumpa orang macam tu sekaligus bagi tabik springggg.... Nak tanya macamana dia mantain hidup dia. Jaga segala-galanya. Satu ayat pun tak pernah bohong, hatta ‘bohong sunat’. (eh2! mana ada nak bohong2 pakai sunat2 neh...).

Mungkin ada ler kan.... dikalangan ahli-ahli sufi atau yang mana orang greek panggil sopher, yang bersih segala-galanya. Tapi maksud aku orang biasa macam aku, kita dan kamu. Orang-orang yang tidak terlepas dari berbuat dosa temasuklah kesalahan dunia seperti terlanggar kucing tengah melintas...(apa kesss!)

Semua orang pernah buat salah...okehhhh! Sama la macam aku macam hangpa2 semua… haaa hangpa la, yang dok baca blog ni, dok perati kiri kanan pasai apa??? Jangan ingat orang yang pernah ada sejarah lampau tidak boleh ada masa depan. Jangan prejudis,dowwh!... Bagi dia peluang untuk perbaiki apa yang kurang. Dia bukan maksum. Dia manusia biasa yang makan guna mulut!

Bagi kata2 semangat, kekuatan, kepercayaan, sokongan dan inspirasi untuk meneruskan kehidupan... Bagi peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri... Kalau mampu, bimbinglah ke arah yang lebih baik...

Barang yang lepas jangan dikenang.... Let it go. Kalau tak boleh nak lupa nak buat macamana pulak? Itu diluar kawalan dimensi pemikiran...sebab semua dikawalNya! Tapi jangan paksa untuk melupakan, pasal benda yang paling kita nak lupa tu la benda yang paling kita ingat. Time will heal. Bagi peluang kepada masa untuk menjalankan tugasnya.bak kata omputeh..time is the best medicine!

sempena bukan posa nie..meh kita buka lembaran baru. Kita kukuhkan ikatan yang longgar. Kita rapatkan ukhuwah yang renggang. Kita tambah mana yang kurang. Kita tingkatkan amalan. Kita bina hidup baru. Kita pakat-pakat doa sesama kita ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

note: selamat berpuasa semua...
selingan lagi: kesian kat elia or jejari runcing and ex fiance dia KF or apek..sebab putus tunang! tp percayalah tu baru putus tunang...belom agi bercerai berai...anyway, life still goes on! aku suka nak doakan yang terbaik pada semua.....

Tuesday, July 26, 2011

~Cuba Belajaq Bersyukur Sama~

Hurmm...apa aku nak membebel pon aku tak tau..tapi sebenarnya ader nie hah benda yang tersimpul dalam hati aku nie...ishhh! tapi mcm biasa lar apa yang aku nak sembang semua nya berkaitan dengan apa yang aku dok perati kat keliling aku...contoh tadi masa pi kuaq makan aku der lah tengok keta sebelah aku santeeeekkk sangat.. tambah laks yang driver nye fomfuan lakss..uishh! mmg ngam2 lah dua2...so aku terfikir kan best if aku pown dapat drive keta cenggitu!
tu lar no..kita ni manusia biasa yang selalu alpa... Kita selalu terlepas pandang dengan apa yang kita ada. Kita dok nampak apa yang orang lain ada! Kita rasa apa yang depa ada lebih baik dari kita punya. Kadang-kadang kita terlupa yang orang lain pun dok perati kita dan berperasaan seperti kita juga. Depa pun dok tengok apa yang kita ada lebih baik dari apa yang dia terima.
Nampak? Kita rasa gaji kita sikit, tapi ada orang yang gaji jauh lebih rendah dari kita. Depa pun dok pikir, alangkah syoknya kalau gaji depa sebanyak gaji kita. Kita rasa kereta kita buruk, slow, tak canggih .... Tapi orang lain, berhujan berpanas hari-hari pergi kerja. Kalau ada berkereta pun cukup syarat sebagai satu keperluan sahaja. Orang naik moto especially yang carry anak tecik2 tuh bersusun depan belakang..(aku andai ler... dia takdak kereta) mengharap pakai kereta macam kita, yang kita dok mengharap pakai kereta lagi mewah dari apa yang kita ada.
memang ler aku tak nafikan kita dituntut untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada pada hari ini so idaklah kita dok kat takuk lamaaaa ajew! Itu aku tak nafikan lerrrrr... Tapi dalam kita dok mengejar sesuatu yang lebih baik, sekurang-kurangnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan kufur nikmat. Biar makanan tak sedap, sekurang-kurangnya kita ada makanan nak dimakan. Biar rumah kita kecik dari kita kena tidor bawah jambatan. Biar tidak berpangkat dari kita takdak kerja langsung.
Nak tak nak kita kena bersyukur dengan pekerjaan, kenderaan, sahabat, keluarga, kehidupan or apa-apa ajerlah yang kita ada sekarang ini..... Kemudian kalau tak puas hati kita improve kepada keadaan atau sesuatu perkara kepada yang lebih baik. kita perelokkan apa yang kurang. Bukan semua yang kita nak kita boleh dapat time-time tu jugak. Ada improvement yang kena ambil masa yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi.....tengok kejayaan orang lain, kita jadikan spirit untuk kita tingkatkan prestasi kehidupan. Pada waktu yang sama kita sedar yang kita sebenarnya jauh lebih bernasib baik dari orang yang dibawah kita.
Bersyukur wahai mommies anak kita masih cukup segala makan dan minum....
Allah tu Maha Adil. Dia tak bagi semua apa yang kita mintak. Kadang-kadang yang kita tak mintak Dia bagi. He knows best for us. Kita ni kalau marah, sumpah orang macam-macam. Cuba kalau apa yang kita mintak tu time2 tu jugak jadi??? ha, tak kecarca merba habis semua benda... Semua orang mintak kaya jadi kaya, sapa pulak nak kerja tukang pungut sampah or wat keja lain yang bergaji rendah. Dia dah susun cantik dah seluruh kehidupan manusia.
Terlalu memandang apa yang kita tidak ada adalah lumrah manusia biasa yang selalu terlupa dengan nikmat apa yang dia dah ada. Selalu memandang pada satu pintu yang tertutup sedangkan banyak lagi pintu hikmah yang terbuka. Selalu rasa tuhan tidak adil kepada kita sedangkan kitalah yang selalu menzalimi diri sendiri.
Kalau kita ni reti bersyukur, secara automatiknya kita akan appreciate dengan apa yang kita ada. InsyaAllah kita tidak akan rasa bongkak, tinggi diri, dengki, irihati dan sakit menyakiti sesama manusia. Apa yang orang lain dapat adalah selayaknya dengan usaha dia. Tuhan bagi apa yang terdaya dia terima pada masa dan waktu itu. Bagi kita, jaga apa yang sedia ada, bantu mereka yang tiada, usaha capai sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang ni. Jangan dok dengki dengan pencapaian orang lain kalau kita sendiri malas nak usaha. Kalau kawan-kawan berjaya, mai kita pakat-pakat support. nie dak ade yang dok pekena kawan-kawan sendiri sebab dengki!! tak elok lah dok wat PHD lagu tuh...if hangpa sambung PHD betoi kat uni tak pew, yang tu aku sokong!
tak perlah lagu mana pown aku just nak kongsi2...share2 jew ngan uols pretty ladies....sharing is all about caring and sexy! teeeeheeee............
note: k lah pi wat keja!

Sunday, July 24, 2011

Not Easy being a Mother, if it were Easy, fathers would do!

hye mummies... i believe all of us want the best for our children... right?  so theres 5 things mum do right for their children!


~Give to their kids. One of the biggest sacrifices that all moms make is their time. Whether it’s nursing a baby all night (huhu! the next day sure feeling so sleepy) or entertaining a toddler all day esp for babies who strated to learn crawling.. running kids from softball to soccer all afternoon, moms give up their personal time to help their kids grow and develop.

~Make important choices for their kids. Everything from eating vegetables to going to bed at a decent hour, there are things that we do for our kids not because we particularly love doing those things (or fighting with our kids to get them to do them!), but because we know it’s best for them.

~Let their kids make their own choices. We try to help our kids learn to be independent and decisive by letting them make their own choices—mostly on some of those things that aren’t quite so important, like what color to wear today.


~Try. Some days it seems like I’m killing myself trying! Even if we fall short, I truly believe that if we have tried, something positive we’ve done for our children will make an impact on them.


~Love their kids. Even if we’re not perfect parents, and even if it were true that we’re doing a worse job than our parents did, don’t accuse moms today of not loving their children.


they are my great inspiration...cool!


note: of all the rights of women, the greatest is to be a mother!

Friday, July 15, 2011

~Ajal Maut Jodoh Pertemuan di tangan Allah~

nie cerita betoi okay...so leh amik iktibar neh!

One day aku ada nak setelkan satu urusan kat sebuah bank..so apabila sampai kat bank nie aku tengok ramai sangat orang dok kerumun macam semut dok hurung gula...nie mesti ade apa apa nie...siap ngan polis sentri one two jaga polis mati pencuri jaga  bagai...so cam suspen2 ler jugak kan... ingat kan ader robbery ke hapa! so biler aku masuk and terus aku nonong nak ke banking hall tetiba mr.jaga tuh cakap.... 

mr. jaga     : maaf akak yang chumil (hehehehe! owh apakah...) hari ni akak tak boleh wat urusan kat tingkat atas...hanya kat bawah...
aku              : eh knapa pulak? saya nak bank in cheque ajew......
mr. jaga     : if nak akak leh jumpa exec kita kat bawah sana...

dengan muka yang sikit kecewa, aku pi lah cari memana exec yang aku kenal...nasib baik aku memang selalu berurusan kat bank nie so tak lah kekok mana....so aku tuju ler kat sowang nie...

aku              : ehh...napa reramai nie? ade pesta apakah?
exec tu       : eiii...faten! ngeri nie taw tadi de customer cina mati...
aku              : aisshhhh lagu mana macam tuh? awat nya?
exec tu    : kita orang pun mula2 macam heran kenapa apek nie tak bangun2 biler pi dekat rupanya dah biru sejuk dah mayat ye hah!  uishhh...
aku          : aduhaiii....tak leh nak stay back ler korang sebab kot nanti de lagi customer tuh dok menunggu sebab no tak panggey2....huwaaaaa

so tak per aku setelkan semua2 keja n trus berlalu dengan anggunnya...<---- nak jugakkkkk!!

sambil berjalan aku terfikir....tapi de ke korang terfikir apa yang aku fikir?? if kita kat tempat uncle tuh...sure kita pown tak expect kan yang kita akan mati kat situ...and aku pown percaya korang sure terdetik.... dimanakah kita akan mati?? keadaan yang bagaimana? yang pasti dah bersediakan kita??

tapi tu lah kan setiap apa yang kita rancang semuanya sebenarnya telah ditentukan....aku suka nak kaitkan dengan satu ayat dalam surah yaasiiinn....

Biasanya setiap malam juma’at datang, aku akan sedaya mungkin mewajibkan diri aku untuk membaca surat Yasin, karena didalamnya ada kalimat yang sangat aku sukai, yang getarannya sanggup mengisi relung hati aku yang kadang kosong dan hampa, yang petikannya sanggup membuat jiwa aku yang lemah kembali kuat, yang keheningannya bak lembah yang hijau menyejukan, bukit tertutup kabut, yang liukannya bak lilin cantik yang temaram menerangi jiwa jiwa yang mencari cahaya … :)

Kalimat ini adalah semangat dan janji ALLAH agar kita semua tidak  berputus asa, dan percaya bahwa ALLAH TIDAK pernah ingkar janji, bukankah tidak ada penderitaan yang abadi, dan bahagia juga tidak abadi kan :) aku sure korang pown perasan ayat nie...




Innamaa amruhuu idzaa araada syai-an ay yaquula lahu kun fayakun, Fa subhaanal ladzii bi yadihii malakuutu kulli syai-iw wa illaihi turja’uun..

bermaksud : Sesungguhnya apabila ALLAH menghendaki sesuatu terjadi, DIA berkata “JADILAH” maka jadilah ia, maha suci ALLAH yang ditangganNYA kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNYA lah kamu dikembalikan.

siyesly biler aku fikir2 balik in this transitory life cukupkah bekalan aku nak bawa ke dunia yang abadi? dunia yang hakiki?


makkah-mecca-saudi-arabia-hajj-pilgrimage
Ya Rabbi, Berilah kesempatan ku berkunjung ke Tanah Suci mu......


nota: ishhh tetiba buang tabiat kah aku menaip pasal mati? mau matikah? tapi tak per bukan kah mengingati itu bagus...!

Monday, July 4, 2011

SURAT CINTA UNTUK JIWA

Valentine Roses Cards

 Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
jiwaku sendiri yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, 
yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku

yang tercinta yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan

akal fikiranku yang tercinta yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diri ini yang

sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku yang tercinta yang

mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk

jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

Wallahualam bisshawab


Semoga dapat membangkitkan iman yang

sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu . ... Ada Allah dan
Al Quran yang selalu
menemani di kala hati "lelah".

nota utk diri: jangan biar semuanya memakan diri.....