l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Sunday, August 21, 2011

Hati Awak.Hati Saya.Tak Sama

Terima kasih awak kerana pernah menjaga hati saya ..
Dulu..Saya yakin pemilik hati saya adalah awak ..
Kata-kata awak adalah suara hati saya ..
Saya ikhlas masa memberi hati saya pada awak ..


Kadang-kadang hati saya tercalar kerana awak ..
Tapi saya sendiri cuba merawatnya ,
tapi lagi hebat awak juga laa penawarnya ..
Kadang-kadang saya kecil hati dengan awak ..
Saya cuba pujuk hati sendiri ,
tapi lagi hebat awak juga laa penyeri kembali ..






                   HATI SAYA SUKA.HATI SAYA LUKA








Awak buat hati saya teringat-ingat
Awak buat hati saya terigau-igau
Awak buat hati saya berbunga-bunga
Awak buat hati saya berdebar-debar




Hati ini awak indahkan
Hati ini awak benihkan
Hati ini awak endahkan
Hati ini awak gundahkan


Hati ini hanya untuk awak
Hati ini awak yang layak
Hati ini awak tetak
Hati ini awak pijak


Hati ini awak miliki
Hati ini awak selami
Hati ini awak racuni
Hati ini dah mati
Hati ini tiada erti
Hati ini awak pulangkan kembali
Hati ini....awak tolonglah dengari ='( 













Saya mohon ..
Hati saya lelah , hati saya nak rehat ..
Hati saya parah , hati saya nak sembuh cepat ..








Saya bukan mudah berganti hati
Saya bukan mudah berjangkit ke lain hati 
Jika suatu saat saya ingin memberi hati ini lagi ,
mungkin dia laa jodoh dari Tuhan sehingga akhir nafas ini ..



2 comments:

  1. Saya sedang merasainya.. Saya pon nak hati sy cepat sembuh.. Tp itu semua di luar kemampuan saya... Huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam JD...sabar kay..sometime hati kita diluar kuasa kita..we cant control 'em! aniway...tak mau sedey2...heheheh! cuba k cuba...

    ReplyDelete