l.o.v.e_m.y.s.e.l.f

My photo
i am who i am...i blog about everything and anything! this is where the contemporary life meets motherhood, yeah!

Saturday, August 6, 2011

~Seriusly so Imperfect Me~



pixta credit to mr.google
salam wahai jiwa-jiwa yang membaca post ini.....pernah tak hati uols rasa tak keruan..perasaan bercampur baur...macam aku rasa... kadang-kadang hati ni macam sedeyyyy...laraaa..owh! jiwa ku lara..tah ler...mungkin terlalu layan rasa....tu ler masalahnya...aku hanyalah seorang manusia biasa...sememang nya sesekali aku terlupa bahawa aku hanyalah manusia biasa. Sesekali juga aku alpa dek kemulusan liuk lentok kehidupan dunia. Semuanya nampak molek-molek belaka.
hati bagai tersiat2.. cinta di harap tak pernah kekal lama...aku tidak mencari kesempurnaan sementelahlah aku juga tidak sempurna. Aku sedar. Aku tahu. Aku mengerti. Aku amat memahami rasa hati ini... Aku diajar untuk sedar diri. Tahu dimana letaknya diri. Diajar memijak dibumi yang nyata. Diajar jangan memandang ditempat yang terlalu tinggi kelak dikhuatiri terlupa realiti diri dan andai aku jatuh sure berkecai....
Pun begitu, siapa pula aku untuk menghukum manusia lain sedangkan aku juga sedang menanti hukuman. Siapa mungkin mahu duduk serendah aku dan mengorbankan harga diri mereka yang tinggi dan terpuji untuk duduk bersimpuh berlantai tanah???
Tali harapan yang kupintal ini rapuh. Bejana buat kutadah impian ini tiris. Selimut kasih ini semakin kotor dan berdebu. Mungkin semua ini selayaknya untuk aku. Manusia dhaif dan berdosa.
Namun aku masih ada kuderat yang perlu aku kerah. Patah sayap bertongkat paruh, gunung kudaki, kudaki jua. Perjuangan ini belum selesai. Aku percaya masih ada cahaya dihujung sana. Aku percaya masih ada tangan yang sudi menyambut ketika aku tersungkur dan terduduk.
Maafkan aku kerana tidak mudah melupakan. Biar bibir mengucap maaf, hati berbekas hilangnya tiada. Putih kata, kadang kala bertukar hitam jua. Yang jahat tidak selamanya durhaka. Yang baik tidak akan menjelma menjadi dewa-dewa.
Manusia ini darahnya sama sahaja merahnya rambut sama hitamnya...seandai kau belum mewarnakannya... Membezakan kita amal dan taqwa. Katakan sahaja apa yang mereka rasa. Ayuh beritahu dunia aku ini manusia jahat, durjana dan puaka. Aku mungkin tidak layak untuk siapa juga manusia yang serba sempurna kerana.. aku sedar, aku tidak mungkin sempurna…. sampai bila-bila.....
“Maafkan aku kerana memberikan kau cinta yang tidak sempurna. Kerana aku perlukan kau untuk sempurnakan cinta kita...tapi sayangnya kau tak memahaminya...aku terima biler kau menjanjikan yang kita bahagia juga dalam 2 3 tahun akan datang...owh rupanya! omongan penyedap cerita......tak per pergilah...terbanglah mencari bahagia mu....doakan aku bahagia bersama anak2..."
titik.

3 comments:

  1. Faten: Kalau u berada dalam keadaan ini skrg... We are in the same shoes... Bertabahlah walau hati kita sedang hancur luluh... I selalu pamerkan senyuman... Tapi i simpan dalam hati luka yg dalam... Sbb, cuma itu yg mampu i lakukan... Terus2n tersenyum...

    ReplyDelete
  2. salam...really? hurmmm at least we have sumone who understand d feeling...tq pretty! but its true...kadang2 kita kena b strong becoz of our children rite!

    ReplyDelete
  3. Faten, at least u ada anak2 untuk jadi penguat semangat.. Mcm i yg bujang nih.. Apa yg i ada?? I kuat utk diri sendiri.. Tp kekadang, i x mampu nak tangani kesedihan. Tapi sedaya mungkin, i cuba menangis sendirian.. Xnak my siblings tengok kesedihan i...

    ReplyDelete